web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Selepas Siakap, Sotong Kayangan Pula Tular 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belum lagi reda mengenai harga ikan siakap seekor RM1,196 di Langkawi, Kedah, kini tular pula mengenai dua ekor sotong berharga RM106.60 di Restoran Hameediyah di Georgetown, Pulau Pinang.

Perkara itu didedahkan oleh seorang lelaki di Facebook, mengingatkan agar rakan-rakannya berhati-hati sekiranya mahu menikmati nasi kandar di negeri berkenaan, lantaran harganya yang melampau.

“Hati-hati kawan-kawan yang mana nak mai makan nasik kandaq kat Penang. Harga dua ekor sotong boleh cecah sampai RM100,” katanya.

Pada masa sama, pengguna berkenaan turut berkongsi gambar hidangan sotong bersaiz agak besar dan dinikmati bersama nasi beriani.

Selain itu, beliau turut berkongsi gambar sekeping resit yang dikeluarkan di restoran tersebut pada jam 5.09 petang semalam.

Resit terbabit memaparkan harga bagi dua ekor sotong goreng segar berharga RM100, manakala sepinggan nasi beriani kosong berjumlah aRM4.50, nasi putih (RM1.50), dua biji telur masin (RM2), papadom (RM3) dan timun (RM2).

Pendedahan itu menjadi topik panas dalam media sosial di samping mewujudkan perdebatan warga maya yang menganggap harga berkenaan terlalu mahal

“Melayu, siakap 7 kilogram seribu, satu Malaysia meroyan. Mamak Nasi Kandar H&*$#@&, sotong dua ekor Rm100.00 tak nak bising ke? Apa tunggu lagi pi keja la…org dah komplen,” kata pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hafidz Idzhan Halim.

Sementara itu Pengarah Restoran Hameediyah Lebuh Campbell, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim menegaskan, harga kesemua makanan yang dijual di restoran itu disenaraikan dengan jelas termasuk hidangan sotong yang dijual antara RM10 dan RM150. 

“Saya yang mengambil pesanan individu ini dan pasangannya, iaitu sotong goreng untuk dibawa pulang selain nasi beriani, nasi putih, telur masin, sebungkus papadom dan hidangan timun. 

“Sotong goreng ‘apollo’ ini tidak murah, kami sendiri membelinya pada harga RM35 hingga lebih RM40 sekilogram, malah harga di pasaran juga sentiasa berubah-ubah,” katanya.

Beliau berkata, sotong goreng yang dibungkus untuk pasangan berkenaan juga bersaiz besar, dengan harga sekitar RM110 dan RM120 beserta diskaun.

“Apabila pelanggan ini menempah hidangan sotong tersebut mereka tidak bertanyakan mengenai harga. Pelanggan wanita tersebut dengan jelas melihat saya memasukkan jumlah harga sotong ke sistem pembayaran dan dia tidak mengadu apa-apa ketika itu. 

“Saya tidak sangka mereka bertindak menyiarkan salinan resit ini ke media sosial dan saya anggap mereka sengaja mahu tularkan resit ini,” katanya. 

Tambah Muhammad Riyaaz, ini bukan kali pertama restoran berkenaan tular kerana harga makanan yang dijual di situ, namun bagi pihaknya, kesemua harga telah dipamerkan dengan jelas di papan tanda harga. 

“Sebelum ini hidangan ayam piru turut menjadi tular kerana dianggap mahal, namun kami tidak memaksa pelanggan membelinya kerana semua harga telah dipamerkan. 

“Saya sendiri meminta pekerja untuk memaklumkan kepada pelanggan mengenai harga hidangan tertentu yang mahal, namun mereka mungkin terlupa kerana terlalu ramai pelanggan menunggu giliran,” katanya. – Getaran, 24 November 2021

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Sukan 19 jam yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

Politik 1 hari yang lalu

Permohonan Maaf Sanusi Buka Jalan Kerjasama Lebih Baik Dengan Kerajaan Pusat

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 45 minit yang lalu

Peserta ‘Pesta Masakan’ Di Stesen Minyak Sudah Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Tiada Kaitan Kumpulan Pengganas