web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VTL-Land: Kuota Harian 1,500 Pengembara Guna Bas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 8:34PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL-Land) antara Malaysia dan Singapura yang akan bermula selari dengan pelancaran VTL-Air (Udara) pada 29 November ini adalah dihadkan kepada pengangkutan bas dengan kuota harian tidak melebihi 1,500 pengembara pada peringkat permulaan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, mod pengangkutan lain untuk inisiatif itu akan disenaraikan secara berperingkat manakala jumlah peningkatan kuota harian akan ditingkatkan dari minggu ke minggu.

“Inisiatif VTL-Land dilaksanakan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen.

Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan ke Singapura akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Malaysia manakala Terminal Queen Street (QST) sebagai pusat turun dan naik penumpang di Singapura,” menurut kenyataan itu.

Kemudahan VTL-Land boleh dinikmati oleh warganegara Malaysia dan Singapura termasuk Penduduk Tetap serta pemegang Pas Jangka Panjang Malaysia dan Singapura.

Selain itu, mereka juga wajib divaksinasi sepenuhnya manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun yang tidak divaksinasi harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.

Bagaimanapun, pengembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.

Pengembara yang masuk ke Malaysia perlu mendaftar di https://mysafetravel.gov.my/ manakala pengembara dari Malaysia ke Singapura perlu membuat pendaftaran di https://go.gov.sg/vtl-portal, dan ianya adalah wajib dilakukan sebelum membuat pembelian tiket.

Menurut kenyataan itu, Kerajaan Malaysia dan Singapura bekerjasama untuk melancarkan VTL pada 29 November yang bertujuan untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala dan ekonomi antara kedua-dua negara.

"Selain pekerja, VTL-Land akan memberi peluang kepada rakyat Malaysia dan Singapura di kedua-dua belah Tambak yang telah terpisah dengan keluarga akibat pandemik COVID-19 untuk bertemu semula dengan orang tersayang,” demikian menurut kenyataan itu.

Malaysia dan Singapura telah mencapai lebih daripada 95 peratus kadar populasi dewasa yang telah divaksin dan ini memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk membuka semula sempadan darat secara berperingkat, selamat, sistematik dan mampan.

Maklumat lanjut mengenai keperluan VTL-Land boleh didapati di laman sesawang https://www.miti.gov.my dan https://www.safetravel.ica.gov.sg/. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad