web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Kilat Ampang, Polis Terima 117 Laporan Kerosakan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 4:49PM

Keadaan di sekitar kawasan perumahan yang dimasuki air berikutan banjir kilat ketika tinjauan Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 117 laporan kerosakan harta benda diterima  Polis Ampang Jaya daripada mangsa banjir kilat yang melanda Kampung Pinggiran dan Lembah Jaya Utara, Ampang.

Dalam kejadian Isnin lalu, sebanyak 206 unit kediaman penduduk di dua kampung terjejas teruk membabitkan 1,019 mangsa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Lembah Jaya Utara dibuka kepada mangsa.

“Polis Ampang Jaya telah membuka Balai Bergerak di kawasan PPS bagi memudahkan mangsa terlibat membuat laporan. Sehingga hari ini sebanyak 117 laporan diterima pihak kami.

“Sepanjang kejadian banjir tiada kemalangan jiwa berlaku dan setakat ini anggaran kerosakan masih belum diterima,” katanya hari ini.

Menurut beliau, selain polis, pelbagai agensi keselamatan turut membantu mangsa di lokasi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Pejabat Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa lagi.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, penduduk di kampung terbabit dikejutkan dengan banjir kilat secara mendadak sehingga hampir kesemua mangsa tidak sempat menyelamatkan harta benda masing-masing.

Banjir mengejut bersalut lumpur itu dikatakan bukan kali pertama melanda kawasan terbabit, kerana kejadian seumpama itu pernah berlaku di lokasi sama sekitar tahun 2012. - Getaran 24 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apalah Nasib, Lepas Makan Kena Tolak Kereta Redah Banjir

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar