web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pecah Amanah Lebih RM1 Juta, COO Syarikat Didakwa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 2:45PM

Tertuduh (tengah) diiringi anggota polis selepas selesai pendakwaan dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat di kawasan perindustrian Gebeng, dekat sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas tuduhan pecah amanah membabitkan kerugian lebih RM1.2 juta. 

Tertuduh, Ng Siew Eng, 62 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu antara bulan Julai hingga Oktober 2018, dengan mengisukan cek milik syarikat terbabit atas nama suami dan anaknya. 

Siew Eng bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik sahaja 38 pertuduhan terhadapnya selesai dibacakan di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali. 

Pendakwaan mengikut Seksyen 408 kanun Keseksaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syarifah Nursyuhada Tuan Mamat, manakala tertuduh diwakili peguam, Shah Rizal Abdul Manan. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, Siew Eng didakwa melakukan semua kesalahan itu antara jam 8 pagi hingga 5 petang, dari bulan Julai hingga Oktober 2018 di Urban Environmental Industries Sdn Bhd, kawasan perindustrian Gebeng, di sini. 

Dia yang diamanahkan dengan urusan kewangan syarikat itu didapati melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan wang syarikat dan mengeluarkan cek bagi ahli keluarganya dengan nilai keseluruhan RM1,285,846. 

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 6 Januari tahun hadapan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM36,600 bagi semua pertuduhan. 

Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh dan dia perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah selain melapor diri setiap awal bulan di balai polis berhampiran sehingga selesai perbicaraan.

Tertuduh yang ditemani ahli keluarganya membayar ikat jamin ditetapkan mahkamah. - Getaran, 24 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

2

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

3

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad