web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Lelaki Termasuk 2 Remaja Dituduh Subahat, Bunuh Ah Long

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 7:12PM

Kesemua suspek di hadapkan ke mahkamah atas tuduhan bunuh dan bersubahat membunuh di Kompleks Mahkamah Klang hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Empat lelaki termasuk dua remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pemberi pinjaman wang atau ah long, manakala dua lagi lelaki didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh.

Tan Ah Chai, 27; Yeo Ching Lian, 36; Lau Zi Hui, 19; dan Yap Soon Kuan, 18; didakwa membunuh Phua Kian Ming, 47, di tepi sebuah restoran Jalan Batu Nilam 27A Bandar Bukit Tinggi 2, di sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari, 6 November lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P Sarulatha.

Di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rashid, dua tertuduh Gan Kok Shang, 43, dan Tan Yong Seng, 38, didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan empat tertuduh itu, untuk membunuh Phua mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ain Madihah Zulkifli dan Nur' Ayuni Jamri manakala Tan, Lau dan Gan diwakili peguam Lim Chi Chau; Yeo diwakili peguam Ng Li Kian; dan Yap diwakili peguam Helen Fong; sementara Tan Yong Seng tidak diwakili peguam.

Kedua-dua mahkamah menetapkan 31 Januari 2022 untuk sebutan semula kes. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar