web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Marshal Konvoi Motosikal Kuasa Tinggi Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 12:29PM

Kedua-dua lelaki terbabit dibawa ke IPD Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut. - Gambar dari Facebook Polis Port Dickson

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Polis berjaya menahan dua individu awal pagi tadi kerana terlibat dalam insiden menjadi pengiring atau marshal konvoi motosikal berkuasa tinggi, yang memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong di sini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dua lelaki berusia 26 dan 27 tahun itu masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang.

“Mereka ditahan pada 12.30 tengah malam dan 2.45 pagi tadi di rumah mereka di kawasan Port Dickson dan Springhill, Lukut.

“Kedua-dua lelaki terbabit kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 21 Akta Polis dan Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya hari ini.

Polis turut dirampas dua motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan ketika menahan kenderaan awam.

Katanya, polis dalam usaha mengesan empat lagi individu yang turut bertindak sebagai marshal.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada polis bagi membantu siasatan.

“Polis juga berharap marshal itu menyerah diri bagi memudahkan siasatan lanjut,” katanya.

Individu terbabit dikesan selepas rakaman video berdurasi satu minit 10 saat tular di laman sosial, yang menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong pada 20 November lalu.

Mereka bertindak demikian dipercayai untuk memberi laluan kepada konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak melepasi lampu isyarat merah.

Konvoi motosikal berkuasa besar itu bergerak dari Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) menghala masuk melalui lampu isyarat Sua Betong ke Bulatan Sunggala, Telok Kemang.

Terdahulu dalam sebuah video berdurasi lebih satu minit itu, beberapa individu dipaparkan bertindak sebagai marshal dan memberhentikan kenderaan awam, bagi memberi laluan kepada sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi di sebuah persimpangan lampu isyarat. - Getaran, 23 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Lelaki Cedera Parah Diserang Buaya Ketika Menjala

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Didakwa Bagi Anak Usia 1 Tahun Minum Racun

3

Semasa 1 bulan yang lalu

APMM Gagalkan Kemasukan 15 Pendatang Tanpa Izin Di Perairan Port Dickson

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Usia Hampir 7 Dekad, Kee Yong Masih Teruja Hias Kampung Sempena Tahun Baharu Cina

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad