web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rasuah: Bekas Pengarah JKR Melaka Dipenjara 15 Bulan, Denda RM5 juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 9:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka, Datuk Khalid Omar terpaksa meringkuk dalam penjara selama 15 bulan serta membayar denda RM5 juta selepas gagal dalam rayuan terakhir berhubung sabitan terhadapnya bagi 13 pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan pengubahan wang haram.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hanipah Farikullah membuat keputusan itu secara sebulat suara selepas menolak rayuan Khalid. 

Dalam penghakimannya, Hanipah berkata sabitan Khalid adalah selamat dan panel itu bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Sesyen, yang dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi, bahawa tiada keraguan wang yang diterima daripada subkontraktor telah digunakan untuk aktiviti sukan dan sosial JKR sebagaimana didakwa oleh tertuduh.

Panel itu turut mengesahkan sabitan Khalid bagi kesalahan pengubahan wang haram membabitkan wang tunai RM375,000 yang didakwa dilakukan di rumahnya di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam, Melaka pada 15 Ogos 2016.

Hanipah, yang bersidang bersama-sama Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bagaimanapun membenarkan rayuan Khalid untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara 15 bulan serta denda RM31 juta bagi empat lagi pertuduhan pengubahan wang haram.

Khalid, 61, merayu terhadap hukuman penjara 15 bulan dan denda RM36 juta yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada Julai 2018 selepas dia didapati bersalah atas 13 pertuduhan rasuah dan lima pertuduhan pengubahan wang haram.

Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan bagi setiap pertuduhan rasuah serta 15 bulan dan denda RM36 juta bagi lima pertuduhan pengubahan wang haram serta memerintahkan Khalid menjalani hukuman itu secara serentak.

Sebelum ini, Khalid gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Tinggi pada 11 Februari tahun lepas.

Khalid, yang bebas dengan jaminan RM350,000 sementara menunggu rayuan, perlu menjalani hukuman penjara mulai hari ini.

Bagi pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dia didakwa menerima RM196,200 di pejabat JKR Melaka di Jalan Taming Sari di sini antara Mac 2014 dan Ogos 2016.

Khalid turut berdepan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan lebih RM5.2 juta dalam bentuk RM206,396.16 dalam akaun Amanah Saham Bumiputera 2; RM506,735.92 dalam akaun Tabung Haji; RM1,984,798.08 dalam akaun Amanah Saham Wawasan 2020 dan lebih RM2.13 juta dalam akaun Amanah Saham Didik.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi di Melaka antara 1 September 2015 dan 15 Ogos 2016 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tertuduh diwakili sepasukan peguam yang diketuai Ragunath Kesavan manakala pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad