web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyelenggaraan Sistem Perparitan, Longkang Monsun Kurangkan Kesan Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 3:57PM

Abd Rahim (kanan) meninjau sebahagian aset milik JBPM Pahang yang sedia digunakan bagi menghadapi Monsun Timur Laut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Semua sistem perparitan dan longkang monsun di sekitar bandar raya ini sudah dan sedang diselenggara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan syarikat konsesi dilantik kerajaan negeri.

Proses penyelenggaraan itu adalah antara usaha bagi mengatasi kesan banjir kilat akibat hujan lebat luar biasa, selain persediaan menghadapi musim tengkujuh.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Datuk Abd Rahim Muda berkata, selain kawasan sekitar bandar raya Kuantan, kerajaan negeri juga sudah mengenal pasti punca fenomena banjir luar jangka yang berlaku di Maran dan Temerloh awal tahun ini. 

“Mengenai masalah longkang monsun dan sistem perparitan ini, kita dapati ada longkang yang tidak mampu menampung limpahan air setiap kali hujan lebat melebihi jangkaan dan ini adalah antara penyumbang kepada kejadian banjir luar biasa di Maran dan Temerloh. 

“Bagi kawasan Kuantan pula, sebagai contoh di Jalan Lim Hoe Lek bersebelahan padang Majlis Bandar raya Kuantan (MBK) 3, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati laluan itu sering dinaiki air akibat ketiadaan tempat menyalurkan atau mengumpulkan air jika hujan lebat berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Monsun Timur Laut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dan Penyerahan Geran Bantuan Kepada Pasukan Bomba Sukarela di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengarah JBPM Pahang, Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa. 

Abd Rahim berkata, antara penyelesaian yang difikirkan sesuai ialah membesarkan longkang monsun serta memasang pagar di sepanjang jalan terbabit bagi mengelak insiden kereta terbabas ketika air melimpah hingga memasuki longkang berulang.

Pada majlis itu, sebanyak 34 pasukan bomba sukarela masing-masing menerima geran berjumlah RM3,000, membabitkan peruntukan keseluruhan RM102,000. 

Abd Rahim bagaimanapun berkata, proses naik taraf longkang monsun yang berfungsi sebagai tempat simpanan sementara takungan hujan di sepanjang Jalan Lim Hoe Lek mengambil masa untuk dilaksanakan, kerana masih menunggu peruntukan tambahan dianggarkan berjumlah RM1.5 juta daripada kerajaan Persekutuan. 

“Buat masa ini, kita hanya boleh melakukan kerja penyelenggaraan asas seperti membersihkan longkang yang bermasalah bagi mengelak longkang tersumbat hingga mengakibatkan air melimpah,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan, daerah Kuantan berdepan risiko banjir besar berikutan kedudukannya yang hampir dengan kawasan pantai dan kejadian air pasang berpotensi mengakibatkan banyak kawasan dinaiki air jika hujan lebat berlaku. 

“Penilaian risiko dilakukan sebelum ini menunjukkan Kuantan sentiasa berdepan risiko banjir kerana hampir dengan laut, jadi kalau hujan lebat dan kebetulan waktu sama berlaku fenomena air pasang besar, potensi berlaku banjir sangat tinggi,” katanya. 

Dalam pada itu, Wan Mohammad Zaidi berkata, buat masa ini hanya 20 peratus daripada pegawai dan anggota JBPM Pahang dibenarkan mengambil cuti dan selebihnya akan diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi banjir.

“Sekarang kita masih benarkan mereka bercuti, tapi kalau keadaan atau banjir sudah bermula di Pahang, cuti semua pegawai dan anggota akan dibekukan. 

“Selain itu, kita juga sudah memaklumkan kepada semua anggota (pasukan) bomba sukarela untuk bersedia membantu kami sekiranya banjir buruk melanda Pahang. 

“Saya fikir semua sudah bersedia, pegawai dan anggota kita sudah lama mengikuti latihan dan persiapan, begitu juga dengan mereka (pasukan bomba sukarela), jadi kita doakan keadaan (banjir) tidak terlalu teruk tahun ini,” katanya. - Getaran, 22 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar