web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ganjaran RM100 Juta Beban Kewangan, Anwar Tuntut Penjelasan Zafrul

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 3:14PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemberian ganjaran berupa sebidang tanah dan rumah bernilai RM100 juta kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipersoalkan di Dewan Rakyat hari ini, kerana ia dianggap sebagai satu beban kewangan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggesa Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz supaya menjelaskan faktor yang melayakkan Najib menerima ganjaran tersebut.

“Jadi, kita minta Menteri Kewangan beri penjelasan apa yang berlaku, memang kita tahu ada dalam undang-undang iaitu peruntukan kepada bekas Perdana Menteri.

“Tetapi kami mahu tahu berapa yang diperoleh dan mengapa jemaah menteri boleh setuju dengan mudah kemudahan diberikan walaupun jemaah menteri sebahagian besarnya dari parti Melayu dan Islam,” katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam sesi itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu turut bangkit menyokong hujah Anwar, mengenai keperluan Najib untuk menerima imbuhan tersebut walaupun kini negara berdepan muflis.

“Memandangkan jasa bekas Perdana Menteri, boleh tak Ketua Pembangkang setuju dengan saya, Tunku Abdul Rahman diberi pampasan RM1 bilion sebagai bapa kemerdekaan, Tun Abdul Razak Hussein bapa pembangunan RM500 juta, Tun Hussein Onn bapa perpaduan cukuplah RM300 juta.

“Bagi Tun Dr Mahathir Mohamad bapa pembangunan moden kita bagi RM2 bilion, Tun Abdullah Ahmad Badawi RM100 juta, Datuk Seri Najib Razak RM100 juta, buat negara bankrupt (muflis) pun tak apa, yang penting imbuhan kepada bekas Perdana Menteri begitu penting, setuju ketua pembangkang?” katanya, sinis.

Tengku Zafrul sebelum ini mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak, memohon ganjaran hadiah berupa sebidang tanah dan rumah daripada kerajaan bernilai RM100 juta.

Tengku Zafrul berkata, permohonan itu dibuat oleh Najib selepas Bajet 2022 dibentangkan di Dewan Rakyat, menyebabkan perincian berkaitan ganjaran terbabit tidak dapat disenaraikan dalam pembentangan belanjawan berkenaan.

Beliau mengesahkan susulan permohonan yang dibuat itu, perbincangan mengenainya sudah diadakan pada Mesyuarat Jemaah Menteri dan sedang menunggu keputusan dimuktamadkan.

Isu tersebut turut dibangkitkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Ahli Parlimen Langkawi, yang meminta penjelasan pemberian duit kerajaan kepada Najib kerana disifatkan sebagai ‘banduan’, ‘penyangak’ dan ‘pencuri’ kepada duit rakyat.

Namun baru-baru ini, Najib Razak yang merupakan Ahli Parlimen Pekan memaklumkan, beliau telah menolak tawaran peruntukan tanah bernilai RM100 juta oleh kerajaan kepadanya.

Beliau berkata, langkah itu dibuat selepas isu tersebut dipolemikkan pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. - Getaran, 22 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad