web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Abang 888' Tumpas, Dadah Nilai RM1.44 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 2:57PM

Abdul Majid Mohd Ali (dua dari kanan) menunjukkan dadah bernilai RM1.44 juta yang dirampas daripada sindiket 'Abang 888' pada sidang media di Melaka, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Melaka menumpaskan sindiket pengedaran dadah 'Abang 888' dengan penahanan seorang lelaki warga Indonesia dan merampas 40 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM1.44 juta dalam serbuan di sebuah inap desa di Pantai Puteri di sini pada 18 November lepas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata lelaki berumur 39 tahun yang memasuki negara ini sejak tiga tahun lepas untuk bekerja sebagai buruh itu ditahan dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka kira-kira 8 malam.

Beliau berkata dadah berkenaan dibungkus menggunakan pembungkus teh bagi mengaburi pihak polis dan disimpan di dalam dua beg pakaian yang dibawa suspek ketika menginap di rumah berkenaan.

"Sindiket 'Abang 888' ini dipercayai terlibat dalam pengedaran dadah rentas negeri dan daerah dengan menjadikan Melaka sebagai pusat transit sebelum dadah berkenaan dibawa keluar ke negara jiran menggunakan laluan air.

"Ketika serbuan dilakukan, suspek dipercayai sedang menunggu 'transporter' atau pengangkut dipercayai dari Indonesia menggunakan bot untuk membawa keluar dadah tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata ujian saringan urin yang dilakukan ke atas lelaki berkenaan mendapati negatif dadah dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula 19 Nov lepas bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, risikan dan pemantauan ke atas pergerakan sindiket 'Abang 888' telah dilakukan sejak tiga bulan lepas bagi mengenal pasti rangkaian sindiket terlibat dan mereka dipercayai aktif menggunakan Melaka sebagai pusat transit pengedaran dadah sejak sebulan lepas.

Abdul Majid berkata sindiket pengedaran dadah di Melaka dilihat menunjukkan trend perubahan kerana mereka kini menumpukan untuk merekrut warga asing sebagai ejen atau 'keldai dadah' berbanding warga tempatan.

Sementara itu, beliau berkata polis Melaka berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM13.16 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 20 Nov berbanding RM487,283.35 sepanjang tahun lepas.

"Peningkatan rampasan dadah di Melaka bukan bermaksud aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah tidak dapat dikawal sebaliknya ia menunjukkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan dalam usaha membanteras aktiviti tersebut," katanya.

Beliau berkata pendekatan menangani aktiviti penyalahgunaan atau pengedaran dadah telah diubah dengan memberi fokus kepada pergerakan akar umbi serta meningkatkan risikan berbanding kaedah konvensional yang digunakan sebelum ini. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad