web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jambatan Gantung Satok, Mercu Tanda Baharu Kuching

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 7:50AM

Pemandangan Jambatan Gantung Satok dihiasi dengan lampu neon berwarna-warni, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Bandaraya Kuching kini memiliki satu lagi mercu tanda baharu iaitu Jambatan Gantung Satok yang reka bentuknya seakan-akan Jambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat.

Ketua  Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata selain itu, apa yang unik dan penting mengenai Jambatan Gantung Satok ialah sejarah pembinaannya yang bermula semasa Charles Vyner Brooke menjadi Rajah Putih ketiga. 

Beliau berkata Brooke telah mengupah arkitek terkemuka Eropah iaitu A.S Lowe, yang merupakan adik C.P Lowe (Pengarah Jabatan Kerja Raya ketika itu), untuk membuat seni bina jambatan itu.

“Pembinaan jambatan tersebut bermula pada 1920 dengan anggaran kos US$52,000 serta siap sepenuhnya pada 1926 dan ia merupakan antara mercu pembangunan bandaraya Kuching ketika itu,” katanya.

Untuk rekod, pada 1992, jambatan itu terpaksa ditutup kerana telah usang dan tidak ekonomikal untuk dibaik pulih manakala kabel utamanya terputus menyebabkan ia runtuh pada 2004.

Akhirnya pada 2017, kerajaan negeri telah merancang semula pembinaan jambatan gantung sepanjang  213 meter itu dengan kos RM8.05 juta di tapak asal.

Jambatan itu siap sepenuhnya pada Mac lepas dan memberi manfaat kepada pejalan kaki dari kawasan Satok ke Medan Niaga.

Abang Johari berkata jambatan baharu itu akan merancakkan lagi ekonomi Sarawak dari sudut pelancongan dan menimbulkan nostalgia akan masa-masa lalu kepada generasi baharu.

“Ia juga adalah usaha kerajaan negeri untuk memodenkan kawasan antara Darul Hana sehingga ke Satok,” katanya pada majlis perasmian jambatan itu hari ini. - Bernama

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad