web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gula Gula BN Faktor Kemenangan Besar PRN Melaka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 3:38PM

Ismail Sabri bersama Najib Razak berjumpa calon BN DUN Asahan dan Machap Jaya serta penduduk di Medan Selera Selandar sempena Pilihan Raya Negeri Melaka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Selain daripada kekuatan jentera UMNO, ‘gula-gula’ yang ditaburkan oleh Kerajaan Persekutuan juga menyumbang kepada kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Inilah telahan penganalisa politik Dr Jeniri Amir daripada Universiti Malaysia Sarawak, yang berpendapat, insentif yang diberikan menerusi beberapa dasar dan polisi kerajaan berjaya menambat hati pengundi Melaka.

Semua insentif itu termasuk segala bantuan yang termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Bajet 2022 serta konsep ‘Keluarga Malaysia’.

“Segala bantuan yang dihulurkan ketika rakyat menghadapi COVID-19 itu dilihat sebagai usaha oleh kerajaan yang prihatin.

“Tapi ada banyak lagi faktor yang turut menyumbang kepada kemenangan BN yang berjaya menawan 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka,” jelasnya.

Tambah Jeniri, kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin juga disebabkan oleh pengalaman yang dirasai oleh pengundi Melaka semasa era pemerintahan kedua-dua parti tersebut.

“Saya fikir, pengundi Melaka, khususnya pengundi Melayu, sudah membuat penilaian terhadap prestasi BN, PH dan PN dalam memerintah negeri itu.

“Pada hemat saya, BN dipilih mungkin kerana pengundi merasakan bahawa parti itu mempunyai ‘track-record’ yang paling baik berbanding parti lain,” ujarnya.

Bagaimanapun, seorang lagi penganalisa politik, Dr Azmi Hassan berpendapat, ‘habuan’ yang dihulurkan oleh kerajaan Persekutuan itu tidak memainkan peranan penting dalam PRN Melaka.

Jelas Azmi, ini adalah kerana sepanjang tempoh berkempen, BN tidak pernah mengetengahkan pesona Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob dalam percaturan politik mereka.

Malah, tambahnya lagi, RMK12, Bajet 2022 serta Keluarga Malaysia tidak pernah dijaja oleh BN ketika berkempen untuk PRN Melaka.

“Pengundi Melaka mahukan kerajaan yang stabil dan antara pilihan tersedia adalah PN, yang mempunyai sejarah yang tidak elok berhubung isu kestabilan politik.

“Lagi satu pilihan pula adalah PH yang mempunyai sejarah hitam selama 22 bulan pemerintahannya.

“Akhir sekali adalah BN, yang jika dibandingkan, mempunyai sejarah pentadbiran yang boleh diharap,” ujar ahli geostragi tersebut. - Getaran, 21 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

2

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad