web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Terpedaya Tawaran Giliran Haji Lebih Awal - Idris

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 3:57PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji yang menawarkan giliran lebih awal untuk menunaikan ibadah haji, khususnya ketika aktiviti rentas negara dibenarkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata jika aktiviti penipuan itu tidak dibanteras dan ditangani, ia dikhuatiri akan memperdayakan bakal jemaah dan pendeposit di Tabung Haji (TH) sehingga kerugian sejumlah wang yang besar.

“Penipuan ini biasa, bukan TH sahaja terkena, ada yang libatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, pesara kerajaan yang dapat pencen dan lain-lain. Seelok-eloknya kena dengar pengumuman rasmi TH (tentang giliran menunaikan haji).

"Perkara ini membimbangkan bukan sahaja dari aspek pengoperasiaan tetapi juga untuk jemaah dan pendeposit. Kita selalu uar-uarkan perkara ini di semua platform iaitu kita tidak memberi tawaran badal haji dan tawaran haji kecuali melalui giliran seperti sebelum ini.

"Kalau ada yang kata masukkan duit, bagi nama, itu tidak betul. Panggilan tawaran haji biasanya kita buat disusuli dokumen, bukan melalui aplikasi WhatsApp," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan bantuan zakat di bawah Program TH Prihatin 2021 Perak kepada peniaga kecil yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada aktiviti penipuan membabitkan tawaran ke Tanah Suci, Makkah yang menggunakan aplikasi WhatsApp kononnya bakal jemaah atau pendeposit akan mendapat giliran lebih cepat tanpa perlu menunggu panggilan daripada TH, setelah membayar sejumlah wang.

Idris berkata sehubungan itu, bakal jemaah dan pendeposit yang ada menerima mesej mengenai tawaran mengerjakan ibadah itu daripada aplikasi tersebut diminta melaporkannya kepada pihak berkuasa dan TH untuk tindakan seterusnya.

“Elok buat laporan agar TH boleh kesan nombor telefon dan identiti (dalang penipuan),” katanya dan menambah laporan boleh dibuat dengan menghubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 0362071919.

Dalam pada itu, ditanya mengenai status Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, Idris berkata senarai keanggotaan membabitkan tujuh individu telah diputuskan dan disiapkan semalam untuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong Jumaat depan.

Menurutnya, jika diperkenankan, RCI ini tidak akan mengganggu gugat pengoperasian, urusan deposit dan segalanya yang membabitkan TH ketika ini kerana ia diwujudkan bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan badan tersebut antara 2014 hingga 2020.

Penubuhan RCI mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) pada Julai lepas bertujuan membolehkan siasatan lanjut dapat dibuat terhadap perkara berbangkit dan perakuan sewajarnya dapat dikemukakan kepada kerajaan bagi memulihkan imej serta keyakinan rakyat terhadap kewibawaan TH. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad