web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jarak Masa Dos Penggalak Sinovac Pendek Berbanding Pfizer, AstraZeneca - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 1:50PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerima Sinovac mempunyai jarak masa lebih pendek untuk mendapatkan dos penggalak, iaitu tiga bulan selepas melengkapkan vaksinasi COVID-19, berbanding individu menerima suntikan Pfizer dan AstraZeneca.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata penerima Pfizer dan AstraZeneca mempunyai jarak masa selama enam bulan untuk mendapatkan dos itu selepas melengkapkan dua suntikan vaksin.

Perbezaan jarak masa itu adalah disebabkan keberkesanan Sinovac berkurangan dengan lebih cepat, berbanding dua vaksin berkenaan.

“Mengapa jarak dos penggalak lebih pendek untuk Sinovac (tiga bulan) jika dibandingkan berbanding Pfizer atau AstraZeneca (enam bulan)?

“Walaupun Sinovac berkesan, terdapat bukti keberkesanannya berkurangan dengan lebih cepat. Disebabkan itu, kami mahu anda mengambil apa sahaja dos penggalak ditawarkan,” katanya menerusi Twitter hari ini.

Selain itu, Khairy berkata, Data Kemasukan Vaksinasi Lengkap Dalam Kategori 4 dan Kategori 5 (Jenis Vaksinasi) dari Minggu Epidemiologi (ME) Ke-35 hingga Ke-45, menunjukkan majoriti pesakit dua kategori terbabit yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh adalah dalam kalangan penerima Sinovac.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, kebanyakan kes baharu COVID-19 kini berpunca daripada kontak rapat, iaitu keluarga dan rakan.

“Itu sebab mengapa mengamalkan #TRIIS adalah penting, terutama memaklumkan kepada keluarga dan rapat jika anda disahkan positif COVID-19.

“Jadi mereka boleh melakukan ujian kendiri dengan kadar segera,” katanya.

TRIIS merujuk kepada Test (ujian kendiri), Report (lapor), Isolate (pengasingan kendiri), Inform (memaklumkan) dan Seek (mendapatkan rawatan). - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Jakarta Laksana Pemberian Vaksin COVID-19 Berbayar Mulai 1 Januari

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19 : Bekalan Stok Vaksin Sedia Ada Mencukupi 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID -19: KKM Saran Dos Penggalak Ketiga Untuk Golongan Rentan

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Belgium Akan Musnahkan Hampir 6 Juta Vaksin COVID-19 Yang Luput

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad