web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Tolak Ganjaran Tanah, Rumah Bernilai RM100 Juta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 5:32PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Selepas menerima kecaman berhubung permohonannya untuk mendapatkan sebidang tanah dan sebuah rumah bernilai RM100 juta, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memutuskan untuk membatalkan hasratnya itu.

Beliau yang juga penasihat Barisan Nasional (BN) membuat keputusan berkenaan kerana tidak mahu isu terbabit dijadikan modal kempen BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Saya tidak minta dibayar RM100 juta atau minta kerajaan belanja RM100 juta sebagai hadiah pada saya. Permohonan saya belum diluluskan pun. Saya tidak faham kenapa ia dijadikan propaganda utama PRN Melaka, sedangkan saya bukan calon ataupun presiden UMNO mahupun pengerusi Barisan Nasional.

“Saya faham bahawa sekarang ini kerajaan harus memberi fokus kepada kebajikan rakyat.

“Oleh itu saya membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut, meskipun kesemua bekas Perdana Menteri berhak keatasnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Permohonan Najib yang mencetuskan kontroversi itu didedahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang Dewan Rakyat semalam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membangkitkan perkara berkenaan dan melahirkan rasa terkejut apabila mendapat pengesahan daripada Menteri Kewangan bahawa Kabinet telah menerima satu permohonan untuk menghadiahkan sebidang tanah dan sebuah rumah kepada Ahli Parlimen Pekan yang dianggarkan bernilai RM100 juta.

"Perkara ini tidak pernah dibincang atau dimaklumkan kepada kami dalam sebarang pertemuan dengan wakil pihak kerajaan. 

"Pada saat rakyat sedang menderita, doktor kontrak yang masih tidak jelas nasib mereka, anak-anak B50 berdepan pelbagai rintangan dan halangan untuk belajar serta begitu ramai rakyat Malaysia yang hilang pendapatan, tempat tinggal, malah juga nyawa, bagaimana Najib Razak telah dihadiahkan rumah dan tanah?,'' tegas Anwar.

Najib berkata, memandangkan isu berkenaan telah menjadi kegusaran ramai, beliau mencadangkan supaya peruntukan terbabit disemak semula.

“Jika perlu, mansuhkan sahaja tawaran ini kepada semua bakal Perdana Menteri, termasuk mereka yang memegang jawatan tersebut selepas saya.

“Akan tetapi, mereka yang sudah pun menerima peruntukan ini, tiada keperluan untuk kerajaan menariknya semula,” kata Najib. - Getaran, 19 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad