web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Pengangkutan Umum Syarat VTL Udara Malaysia-Singapura

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 7:48AM

Antara syarat yang diumumkan ialah pengembara mesti menggunakan perkhidmatan penerbangan VTL yang ditetapkan antara Lapangan Terbang Changi dan KLIA. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan mengumumkan syarat bagi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara Malaysia-Singapura yang akan bermula 29 November ini.

Dalam kenyataan semalam, kementerian itu memaklumkan pengembara dari Singapura tidak perlu memohon kebenaran perjalanan ke Malaysia di bawah VTL memandangkan kemudahan kemasukan akan diproses semasa ketibaan selain tidak perlu memohon MyTravelPass daripada Jabatan Imigresen Malaysia.

Selain itu, pengembara mesti telah melengkapkan vaksin COVID-19 diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia dan berada di Singapura dan atau Malaysia dalam tempoh 14 hari berturut-turut sebelum berlepas ke Malaysia.

Pelawat jangka pendek, termasuk pengembara perniagaan dan rasmi mesti mendapatkan visa sah untuk pelawat yang memerlukan visa selain perlu membeli tiket pergi dan balik serta insurans perjalanan dengan perlindungan minimum  RM100,000 untuk kos rawatan perubatan hospital berkaitan COVID-19, katanya. 

Pelancong juga mesti menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh dua hari sebelum berlepas ke Malaysia dan semasa tiba di KLIA dan menunggu keputusan ujian di ruang menunggu ditetapkan KLIA dan boleh berlepas meninggalkan lapangan terbang selepas ujian disahkan negatif. 

Menurut kenyataan itu, menerusi VTL, pengembara mesti menggunakan perkhidmatan penerbangan VTL yang ditetapkan antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta tidak perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

Penerbangan VTL akan bermula dengan enam kali penerbangan setiap hari yang dikendalikan oleh AirAsia, Jetstar Asia, Malaysia Airlines,  Malindo Air, Scoot, dan Singapore Airlines.

“Malaysia menggariskan hubungan yang terjalin lama, mendalam dan meluas dengan Singapura khususnya dalam memperkukuhkan ketersambungan pengangkutan Malaysia-Singapura.

“Pandemik COVID-19 telah mewujudkan halangan yang luar biasa dan mempunyai kesan jangka panjang terhadap perjalanan udara yang mengakibatkan penurunan dalam permintaan.

“VTL adalah pencapaian penting untuk memulakan semula pemulihan penerbangan awam, yang pada masa sama turut mengambil kira isu kesihatan awam, bagi memastikan daya tahannya di masa hadapan,” menurut kenyataan itu. 

 Butiran lanjut mengenai syarat prapelepasan dan kemasukan ke Malaysia boleh didapati di laman web Jabatan Imigresen Malaysia manakala butiran keperluan VTL bagi perjalanan ke Singapura pula boleh didapati di https://safetravel.ica.gov.sg. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar