web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan 2 'Karen’ Tak Pakai Pelitup Muka

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 8:23PM

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan 2 wanita warga asing ini tidak memakai pelitup muka di laman KLCC. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan dua wanita warga asing yang dikesan tidak memakai pelitup muka di taman KLCC di sini, seperti ditularkan di media sosial.
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP)  Noor Dellhan Yahaya berkata, ciapan beserta foto dua wanita terbabit dimuat naik di Twitter.

"Hasil penelitian ke atas gambar berkenaan menunjukkan, wanita bukan warganegara itu sedang berjalan dengan tidak memakai pelitup muka di laluan pejalan kaki taman KLCC.

"Susulan insiden, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka satu kertas siasatan mengenai perkara itu," katanya hari ini.

Noor Dellhan berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Katanya, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP). 

Noor Dellhan menegaskan, tindakan mengikut peruntukan undang-undang akan diambil jika berlaku ketidakpatuhan.

Sejak semalam, tular gambar dua wanita warga asing yang dilihat berjalan kaki di taman sebuah pusat beli-belah terkemuka tanpa memakai pelitup muka.

Gambar yang tular di Twitter itu turut mengundang kemarahan netizen.

“Jadi Karen je tak perlu pakai pelitup muka ke? Wow! Ini sudah melampau! Saya seorang warganegara yang mematuhi arahan tetapi mereka boleh berjalan-jalan tanpa memakai pelitup muka? Memang kawasan KLCC ni tempat sarang Karen sesuka hati tak pakai pelitup muka ke?
“Mana undang-undang? Wajarkah saya marah? @Khairykj?,” kata seorang pengguna @AdibahOj menerusi satu ciapan.

Akhir bulan lalu, negara juga pernah digemparkan dengan rakaman video wanita diberi jolokan ‘Karen’, yang membuat ‘onar kerana dilarang memasuki butik mewah di KLCC, gara-gara enggan memakai pelitup muka. - Getaran, 18 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad