web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Idris Jangan Sombong, Jawab Soalan Dengan Beradab - Syed Saddiq

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 6:59PM

Syed Saddiq - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad diminta supaya tidak sombong dan menghormati bidang tugas wartawan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Naib Presiden PAS itu seharusnya menjawab pertanyaan yang diajukan pengamal media dengan baik serta berhemah.

Menurut beliau, Idris tidak perlu mengaitkan atau memusingkan soalan yang ditanya dengan bahasa, suami orang dan sebagainya.

“Jangan sombong sangat. Wartawan tanya soalan baik-baik, jawablah baik-baik. Pusing hal bahasa lah, hal suami orang.

“Perangai politik lama ini buanglah. Susah ke mahu hormat orang? Takkan nak tunggu pilihanraya baru nak datang adab,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Syed Saddiq menerusi perkongsian sama turut memuat naik video memaparkan Idris bersama Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim, “menggasak” seorang wartawan yang menyoal isu penutupan kedai judi nombor ekor oleh kerajaan pimpinan parti itu di Kedah.

Apa yang mengejutkan, Idris bersikap tidak matang apabila menyoal sama ada wartawan boleh menerima jika suaminya seorang ‘kaki judi’.

Awang yang juga Ahli Parlimen Pendang mendesak wartawan terbabit supaya bertanyakan soalan dalam Bahasa Malaysia. - Getaran, 16 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Didapati Bersalah Tuduhan Bersubahat Pecah Amanah, Salah Guna Harta, Ubah Wang Haram

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bebas Atau Bersalah, Nasib Syed Saddiq Diketahui Esok

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad