web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahap Antibodi Berkurang Selepas 6 Bulan Lengkap 2 Dos - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 8:28AM

Dos penggalak diberikan untuk mengelakkan risiko gejala lebih teruk akibat jangkitan COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tahap antibodi yang terhasil selepas pengambilan dua dos lengkap beberapa jenis vaksin COVID-19 akan berkurangan dalam tempoh tiga hingga enam bulan.

Bagaimanapun, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, orang ramai terutamanya mereka yang sudah lengkap divaksinasi tidak menyedari situasi tersebut.

“Ramai dah selesa sebab mereka rasa dengan ambil dua dos vaksin, mereka anggap sudah selamat dan bebas dijangkiti virus berbahaya itu. Ini tak betul.

“Hakikatnya, tahap antibodi mereka akan berkurang dalam tempoh tiga hingga enam bulan. Lebih membimbangkan ada yang tidak menyedari tahap antibodi mereka ‘0’ selepas tempoh itu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Oleh itu, beliau berkata suntikan dos penggalak perlu diambil untuk meningkatkan tahap imuniti yang mungkin menurun dalam tempoh tertentu selepas dos kedua.

“Lengkap divaksinasi tidak memberi jaminan seseorang itu 100 peratus kebal daripada COVID-19 namun ia memberi perlindungan yang amat tinggi.

“Oleh sebab itu kerajaan berusaha memberikan dos penggalak untuk mengelak risiko gejala lebih teruk akibat jangkitan tersebut,” katanya.

Pada masa sama, Dr Halimatus Sakdiah tidak menolak pelalian COVID-19 mungkin perlu diambil setiap tahun mengikut keperluan selepas ini.

“Vaksin COVID-19 tidak bertahan untuk tempoh jangka masa panjang. Jadi vaksin ini mungkin perlu diambil setiap tahun selepas ini.

“Sama juga seperti vaksin Influenza yang diambil setahun sekali memandangkan jangkitan itu berlaku secara bermusim. Tak mustahil COVID-19 pun akan jadi seperti itu,” katanya.

Situasi membimbangkan itu turut didedahkan Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Kalaiarasu M Peariasamy menerusi satu sidang media yang diadakan secara maya, semalam.

Beliau berkata Kajian 'The Real World Evaluation of COVID-19 Vaccination' (RECoVaM) menunjukkan, berlaku pengurangan keberkesanan membabitkan ketiga-tiga vaksin digunakan dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), selepas enam bulan seseorang individu melengkapkan dua dos suntikan.

Katanya, sejak PICK dilancarkan Februari lalu, kadar jangkitan yang memerlukan kemasukan ke hospital sudah berkurangan.

"Ini adalah data yang kita peroleh daripada kajian kita, RECoVaM, dan kita perhatikan apabila seseorang individu sudah lengkap dua dos vaksin, mereka dapat mengurangkan jangkitan 87 peratus dan juga jangkitan simptomatik 85 peratus.

"Kalau kita bandingkan antara mereka yang masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kes kematian, ketiga-tiga vaksin yang digunakan pada peringkat awal iaitu AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac menunjukkan keberkesanan yang tinggi," katanya.

Dr Kalaiarasu berkata, ia jelas membuktikan bahawa kesemua vaksin yang digunakan dalam PICK adalah berkesan berdasarkan data diperoleh pada April sehingga pertengahan September lalu.

Namun beliau berkata, data daripada kajian vaksin Pfizer, satu-satunya vaksin diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di Malaysia menunjukkan, berlaku pengurangan keberkesanan vaksin sehingga 47 peratus dalam tempoh enam bulan berbanding 88 peratus untuk bulan pertama bagi semua peringkat umur kecuali 12 hingga 15 tahun.

"Walaupun ada pengurangan keberkesanan vaksin tetapi daripada gejala membabitkan mereka dan kemasukan ke hospital masih stabil.

"Tetapi kita perlu memahami, di Amerika Syarikat (AS), apabila seseorang dimasukkan ke hospital, kebiasaannya mereka memerlukan bantuan mesin pernafasan," katanya.

Keadaan itu tegas beliau, berbeza di Malaysia kerana kemasukan ke hospital bergantung kepada faktor lain seperti umur dan komorbiditi.

Jelas beliau lagi, kajian sama turut dijalankan membabitkan vaksin Pfizer dan Sinovac selepas dua bulan pengambilan pelalian tersebut.

"Vaksin Pfizer mempunyai kadar keberkesanan 88 peratus manakala Sinovac 76 peratus. Ini berdasarkan 300,000 kadar kemasukan ke hospital.

"Bagaimanapun, kadar keberkesanan selepas tiga hingga lima bulan disuntik menurun kepada 68 peratus bagi Pfizer manakala hanya 27 peratus bagi Sinovac," katanya.

Rabu lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, kira-kira 40 peratus individu yang menerima janji temu untuk vaksinasi dos penggalak tidak hadir untuk menerima suntikan itu.

Beliau berkata jumlah kemasukan ke hospital akan meningkat sekiranya bilangan mereka yang menerima dos penggalak itu kekal rendah.

Semalam, Getaran melaporkan rata-rata golongan bersasar menolak suntikan dos penggalak kerana tidak mahu kaedah suntikan melibatkan campuran dua vaksin atau heterologi. - Getaran, 13 November 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar