web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tamak, Mahu Hidup Mewah Punca Jenayah Rasuah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 3:42PM

Khutbah Jumaat di masjid-masjid di bawah JAWI hari ini menyentuh mengenai sikap tamak terhadap kemewahan dunia hingga menyebabkan ada yang sanggup mengambil rasuah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenayah rasuah berlaku apabila seseorang itu memiliki sifat tamak terhadap kemewahan dunia, sehingga sanggup mengorbankan integriti untuk memperoleh habuan tertentu.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyatakan, sikap berkenaan akan mengheret manusia bagi melakukan apa sahaja agar dapat memenuhi keinginan nafsu sehingga akhirnya syariat diketepikan.

Lebih membimbangkan, kesan perbuatan terbabit kini turut dirasai oleh masyarakat dan negara yang bakal menghadapi pelbagai masalah mendatang jika jenayah rasuah tidak dibanteras dengan segera.

“Tahun 2020 menyaksikan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia jatuh ke kedudukan 57 berbanding kedudukan 51 pada tahun 2019. Ini memberi isyarat bahawa jenayah rasuah semakin meningkat berlaku di dalam negara.

“Persoalannya, mengapa masih terdapat mereka yang berani melakukan rasuah walaupun diancam dengan laknat daripada Allah SWT,” kata petikan khutbah Jumaat hari ini bertajuk 'Pelihara Amanah Tingkatan Integriti' yang diterbitkan Cawangan Khutbah dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid, JAWI.

Menurut teks itu, pelbagai faktor dikesan menjadi punca kepada berlakunya jenayah rasuah dan perlu ditangani secara drastik bagi memastikan perbuatan tidak bermoral berkenaan dapat dibendung dengan sebaiknya.

“Antara punca rasuah yang dinyatakan menerusi laporan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 adalah kegagalan pentadbiran, konflik kepentingan dalaman, kelemahan kawalan serta ketidakpatuhan.

“Selain itu, kurang ketelusan, kurang sokongan serta kesedaran rasuah, kerenah birokrasi,kurang pengesanan awal, kurang pencegahan dan kelemahan penguatkuasaan,”katanya.

Dalam pada itu, menurut teks berkenaan, jenayah rasuah merupakan suatu pengkhianatan kepada amanah yang menjadi ancaman besar kepada masyarakat dan negara

“Tidak syak lagi, jenayah rasuah merupakan musuh pembangunan, menjejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap, merosakkan akauntabiliti, mencabul keutuhan undang-undang, mengikis sistem pengurusan dan merosakkan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan negara. 

“Justeru, rasuah pasti akan membawa kehancuran dalam sesebuah masyarakat, bangsa dan negara bahkan merencatkan perkembangan di samping pembangunan ummah," kata teks itu.

Malah, larangan perbuatan rasuah jelas dilarang di dalam Islam.

Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud, daripada Abdullah ‘Amru Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

Sehubungan itu, semua pihak diminta memainkan peranan bermula dengan penerapan pegangan agama dan moral yang kukuh kepada keluarga terutama anak-anak sejak daripada usia kecil.

Di samping penguatkuasaan yang telah digerakkan, JAWI mengharapkan agar kempen berterusan dilakukan dapat mendidik masyarakat agar menjauhi segala bentuk rasuah.

“Kita mahukan anak-anak membesar dalam pemahaman bahawa betapa kotor serta jijiknya rasuah. Harta melalui jalan salah yang diberikan sebagai nafkah isteri dan anak-anak bukan sahaja tiada keberkatan bahkan mengundang kemurkaan di samping kebinasaan sehingga menjadikan hidup porak peranda.

“Sebagai seorang beriman, marilah membina nilai integriti dalam semua perkara terutama pengurusan amanah yang diberikan. Utamakan aspek ketelusan, serta etika kerja baik bagi memastikan sebarang unsur kepada pelanggaran etika dan pecah amanah dapat dielakkan,” kata teks tersebut.

Sebagai rakyat dan anggota masyarakat yang prihatin, semua pihak perlu memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasa sekiranya mempunyai maklumat berkaitan perbuatan rasuah. 

“Kita tidak perlu gentar untuk membantu membanteras kes rasuah dan pecah amanah yang berlaku di dalam sesebuah organisasi atau komuniti setempat kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa memastikan kerahsiaan maklumat diberikan.

“Pemberi maklumat juga adalah dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Pemberi maklumat yang menjadi saksi bagi sesuatu kes rasuah pula dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009,” kata khutbah itu. – Getaran, 12 November 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad