Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Alam Berduka, Pembangunan Selat Melaka Jejas Ekosistem

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 3:12PM

Pemandangan di Jeti Tanjung Kling, Melaka. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG KLING - Wajahnya yang ceria dan mesra berubah menjadi suram dan sedih apabila Mustafa Jaafar ditanya perihal takdir nelayan di Melaka.

Ketua nelayan Tanjung Kling itu mengeluh. Bibirnya diketap rapat. Dia perlahan-lahan menggeleng kepalanya.

Suasana senyap sunyi buat seketika. 

“Mungkin, kami boleh bertahan dalam 50 tahun lagi. Insyallah.

“Tapi terus terang saya nak cakap, ikan di Selat Melaka semakin berkurangan,” luahnya dałam nada yang bersulam kegusaran, ketika ditemui Getaran di sebuah jeti nelayan di sini.

Mustafa Jaafar
Mustafa Jaafar

Kerisauan yang terpapar pada raut wajah beliau berpunca daripada kecenderungan kerajaan negeri dalam melaksanakan pembangunan yang memerlukan penambakan selat ikonik itu.

“M-WEZ? Ya, saya sudah lama mendengar desas-desus mengenai projek ini, sebelum ia diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali,” katanya.

Mustafa merujuk kepada projek ‘Melaka Waterfront Economic Zone’ (M-WEZ) yang diumumkan pada 26 Ogos, 2020, iaitu enam bulan selepas Barışan Nasional (BN) menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Projek bernilai RM100 billion tersebut, bakal diwujudkan sebagai mercu tanda baharu ekonomi negeri bandar raya bersejarah itu.

Pembangunan projek M-WEZ dikhuatiri menjejaskan ekosistem di kawasan Tanjung Kling.
Pembangunan projek M-WEZ dikhuatiri menjejaskan ekosistem di kawasan Tanjung Kling.

Pembangunan agresif berkenaan membabitkan aktiviti penambakan laut seluas ribuan hektar yang sekali gus akan menyempitkan Selat Melaka.

Ini telah menimbulkan kegusaran para pencinta alam.

“Daripada maklumat yang kami terima, ia satu projek besar yang akan meliputi hampir kesemua persisiran pantai di Selat Melaka,” kata aktivis alam sekitar, Chen Run Jia.

Chen Run Jia
Chen Run Jia

Run Jia merupakan antara ahli gerakan anti-penambakan laut, Save Our Oceans (SOS).

Menurutnya, pembangunan M-WEZ adalah seluas 33 kilometer (km), membabitkan penambakan tanah seluas 25,000 hektar.

“Ia akan bermula dari Umbai sehingga Pantai Puteri. Țapi saya dengar ia akan meliputi kawasan yang lebih besar.

“Cuma, sampai sekarang pihak berkuasa masih belum menunjukan kepada kami laporan penilaian impak alam sekitar (EIA), jadi tiada siapa yang mengetahui sebesar manakah impak M-WEZ,” dakwanya.

Dalam versi terkini pelan pembangunan M-WEZ, yang diumumkan pada April tahun ini, saiz projek tersebut telah diluaskan sejauh 33 km dan ia kini diperluaskan pula kepada Sungai Udang.

Siri projek penambakan laut bukanlah sesuatu yang asing di Melaka.

Sekitar kawasan pantai di Melaka.
Sekitar kawasan pantai di Melaka.

Tinjauan Getaran mendapati, persisiran pantai negeri itu dipenuhi dengan sejumlah besar lot tanah kosong serta premis komersial yang tidak berpenghuni.

Malah, beberapa bangunan di ‘Melaka Gateway’ bertempat di Pulau Melaka - yang wujud setelah sebahagian kecil Selat Melaka ditambak, kosong ibarat pekan mati.

“Pembangunan di Melaka tidak boleh dibangunkan sewenang-wenangnya. Kita tak boleh bangunkan Melaka seperti mana yang dibuat di Lembah Klang dan Johor Bahru.

“Keunikan Melaka adalah warisannya. Negeri ini telah menjadi destinasi perlancongan sebelum selatnya ditambak lagi. Jika projek (M-WEZ) itu dibuat juga, Melaka akan hilang identitinya,” keluh Run Jia.

Bukan itu sahaja, khazanah alam di Selat Melaka juga akan turut terjejas.

Maria Marcos
Maria Marcos

Seorang ahli biologi marin, Maria Marcos, menjelaskan, kepelbagaian bio di selat itu akan turut lenyap, seiring dengan pembangunan projek berkenaan.

“Apabila laut ditambak, matilah ekosistem di Selat Melaka. Benar, ada hidupan yang boleh berpindah randah ke kawasan lain namun ada yang tidak berkeupayaan untuk berbuat demikian.

“Macam siput dan cacing-cacing yang hidup di dasar Selat Melaka. Hidupan ini amat penting kerana ia membentuk sumber makanan utama dalam rantaian makanan," katanya.

Jelas Maria, hidupan tersebut akan mati apabila dikambus dengan pasir, sekali gus menjejaskan ekosistem di selat itu.

“Saya tak faham. Mengapa mereka tidak membina sahaja tebing laut dan pengunjung boleh bersiar-siar sambil menikmati keindahan senja di Selat Melaka," katanya.

Dalam masa lapan harı lagi rakyat Melaka akan keluar untuk membuang undi mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan berlangsung 20 November nanti.

Namun, buat masa ini, tiada seorang pun calon PRN yang berbicara tentang isu pembangunan M-WEZ ini. - Getaran, 12 November, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

2

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

3

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

4

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

5

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

6

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Harap Terminal Baharu LTSIP Jana Lebih Banyak Peluang Ekonomi Di Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Selepas 8 Tahun

Politik 1 jam yang lalu

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

oleh Rafisqi Radhi