web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Redah Banjir Keluar Bekerja, Nyawa 2 Beranak Hampir Melayang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 10:55AM

Bomba berkata sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati terkandas pada sebatang pokok akibat banjir, dengan arus yang sangat deras. - Gambar ihsan Bomba

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARIKEI - Terperangkap dalam arus deras dan hampir hanyut menjadi pengalaman ngeri bagi seorang lelaki ketika meredah banjir untuk turun bekerja awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 6.45 pagi itu, Khareenx Jimong, 25, dari rumah Rabong, Nanga Strass, Bintangor, di sini, keluar bekerja bersama bapanya.

Menurutnya, mereka mengharungi sungai Nanga Strass yang dinaiki air hingga paras pinggang dengan berjalan kaki ke seberang sungai tempat kenderaan diletakkan.

“Tiba-tiba arus sungai berubah deras, tapi bapa sempat berenang hingga ke tepi manakala saya dihanyutkan.

“Mujur saya  sempat berpaut pada sebatang pokok besar di tepi sungai dan tidak lemas,” katanya kepada Getaran hari ini.

Katanya, dia bersyukur kerana terselamat dalam kejadian yang hampir meragut nyawanya.

“Sejurus selepas itu, bapa terus menghubungi pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bagi mendapatkan bantuan,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua BBP Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 7.12 pagi.

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati terkandas pada sebatang pokok akibat banjir, dengan arus yang sangat deras.

“Pasukan bomba lengkap dengan jaket keselamatan menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa,” jelasnya.

Beliau berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk menyelamatkan mangsa. - Getaran, 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bukan Kereta Aja Yang Boleh Hanyut, Tong Gas Pun Boleh!

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apa Nak Buat Ni...

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Umur Masih Panjang...

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Uncle Chong Selamatkan Wanita Nyaris Hanyut

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad