web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Pemberi Maklumat Perlu Diperhalusi, Dikaji Semula - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 8:04AM

Wan Junaidi berkata undang-undang yang ada ketika ini adalah tidak mencukupi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Undang-Undang berkaitan pemberi maklumat atau ‘whistleblower’ di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) akan diperhalusi dan dikaji semula dalam usaha meningkatkan integriti nasional.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata undang-undang yang ada ketika ini adalah tidak mencukupi dan perlu dikaji semula.

“Mengenai whistleblower ini, saya masih mengkaji. Dari tahun 2017, saya kata undang-undang berkaitan ‘whistleblower’ ini masih belum mencukupi dan perlu dikaji semula.

“Kalau cakap orang kita, tiada bos. ‘Whistleblower’ itu tidak dipantau oleh mana-mana pihak.

“Diletak di bawah kementerian saya di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) kementerian ini, tiada orang yang mengendalikan.

“Kalau kita lihat di negara lain, ia di bawah pengarah di Amerika dan ombudsman di Australia, kita kena fikir perkara itu dan saya sudah minta pihak BHEU untuk mengkajinya,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan penyampaian resolusi Konvensyen Integriti Nasional 2021 (KIN2021) di Menara Integriti semalam.

Beliau juga berkata kajian itu perlu bagi menjamin rahsia pemberi maklumat terpelihara sekiranya melakukan aduan membabitkan sesebuah agensi.

“Kita boleh letak di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) supaya apa sahaja aduan mengenai sesuatu agensi, pihak ini yang akan menyimpan rahsia.

“Jadi baru orang ramai (melakukannya), setakat ini, ‘whistleblower’ tidak ramai kerana orang tidak berani untuk lapor.

“Kalau nak lapor pada polis, polis akan selidik dan maklumat pelapor itu polis tahu. Jadi, orang tidak guna akta pemberi maklumat ini.

“Melainkan jika ada satu agensi untuk menyelia dan orang ini akan simpan rahsia siapa yang melapor. Jadi untuk masa sekarang, ia di bawah kajian, insya-Allah kita akan cari cara memperbaiki,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia Nor’afiza Saim berkata institut itu akan terus memberi tumpuan bagi menghalang perlakuan rasuah dan penyelewengan dalam sesebuah organisasi selain meningkatkan integriti sektor awam mahupun swasta menerusi pembangunan sistem baharu.

Beliau berkata berbekalkan mandat yang diberikan, pihaknya akan membantu organisasi menghalang salah guna kuasa dan rasuah dengan tumpuan adalah lebih kepada sektor swasta kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia lebih kepada sektor awam.

“Kita sekarang menggunakan standard antarabangsa iaitu Sistem Pengurusan Anti Rasuah (ABMS), kita akan mula bangunkan standard sendiri iaitu Sistem Pengurusan Integriti.

“Jadi insya-Allah, dengan sistem ini kita boleh tingkatkan integriti dalam organisasi itu tidak kira sektor awam mahupun swasta,” katanya.

Antara resolusi yang dikemukakan pada KIN2021 itu ialah menilai dan membaiki kerjasama, pengagihan semula pembangunan dan populasi berintegriti, pemerkasaan ekosistem pendidikan, merapatkan jurang komunikasi dan sistem pengurusan maklumat, pelaksanaan dan perancangan secara adil serta pengkhususan nilai kekeluargaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Dunia Alu-Alukan Penerimaan Resolusi Gencatan Senjata Di Gaza

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Perhimpunan Agung PBB Lulus Draf Resolusi Tuntut Gencatan Senjata Kemanusiaan Di Gaza

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad