web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengguna Ada Hak Ketahui Harga, Guna Konsep Pilih, Timbang, Bayar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 7:13PM

Bil makanan yang berjumlah RM1,852.50 yang tular di media sosial baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ada benarnya bahawa budaya makan dulu, kira kemudian sangat berbahaya, apatah lagi jika ia dipraktikkan di restoran makanan laut yang harganya lebih mahal dari kedai biasa.

Kebenaran teori itu dapat dilihat menerusi insiden siakap ‘kayangan’ membabitkan beberapa pelanggan yang terkejut menerima bil mencecah empat angka ketika bercuti di Langkawi, baru-baru ini.

Bukan seorang, tetapi pendedahan itu membabitkan beberapa individu yang ‘terkena’ di restoran sama tular sebelum ini.

Insiden tersebut turut menarik perhatian beberapa persatuan pengguna yang menganggap pendedahan tersebut dilakukan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai, supaya lebih berhati-hati ketika berkunjung ke restoran terbabit.

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, pengguna sebenarnya berhak mengetahui maklumat barang dan makanan yang ingin dibeli termasuk harga.

Nur Asyikin Aminuddin
Nur Asyikin Aminuddin

“Saya faham kadang-kadang ada di antara kita takut atau segan nak bertanya dulu harga. Ada yang fikir nak tanya lebih-lebih nanti kita dikatanya cerewet, macam-macam lagilah yang difikirkan.

“Tapi sepatutnya dalam apa-apa situasi sekali pun, pengguna perlu bertanya sebelum membeli. Bila tak tanya, jadi senanglah mereka nak diperdaya,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Malah beliau berkata, adalah menjadi satu kesalahan sekiranya pemilik restoran tidak mempamerkan tanda harga untuk makluman pelanggan.

“Pemilik restoran wajib pamer harga. Kalau tak pamer memang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan ambil tindakan.

“Menjadi satu kesalahan kalau pihak restoran atau peniaga tak pamerkan harga makanan. Dulu pun pernah viral isu semangkuk maggi ketam di Kelantan. Jadi kena ambil iktibar daripada insiden itu,” katanya.

Namun sekiranya pengguna merasa tertipu, Nur Asyikin berkata mereka sepatutnya membuat aduan di saluran yang betul agar tindakan tegas dapat diambil.

“Kalau pihak restoran pun berdolak dalih mengenai isu harga makanan, kemudian harga makanan pun tidak ada dalam menu atau bertampal di dalam kedai, mohon buat aduan terus ke WhatsApp KPDNHEP di talian 019-2794317.

“Saya pernah buat juga, memang KPDNHEP akan ambil tindakan selanjutnya kepada pemilik kedai. Jadi pengguna kena bijak, lebih-lebih lagi sekarang ramai cuba ambil kesempatan untuk menganiayai pengguna,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Yusuf Azmi berkata pemilik restoran terbabit sepatutnya memperbaiki perkhidmatan mereka selepas insiden tersebut tular.

Yusuf Azmi
Yusuf Azmi

“Melalui apa yang saya lihat, ada pengguna beritahu mereka tidak dimaklumkan mengenai saiz ikan.

“Saya rasa cara urusniaga ini tidak betul kerana seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

“Sepatutnya bila kes pertama dah viral mereka patut tambah baik perkhidmatan mereka tapi hampir setiap hari ada kes viral. Adakah mereka mahu mencari populariti daripada isu itu,” soalnya.

Pada masa sama, beliau turut menggesa mana-mana pemilik restoran atau peniaga makanan laut supaya menggunakan konsep pilih, timbang dan kemudian bayar.

“Selalunya bila pergi kedai seafood, kita akan pilih ikan yang kita nak, sebab ada pelbagai jenis dan saiz pun berbeza. Lepas tu kena timbang kemudian barulah bayar.

“Ini cara yang betul bukan tanya nak ikan apa tanpa maklum saiz dan harga kepada pelanggan.

“Saya percaya setiap orang dah setkan bajet mereka. Bila jadi macam yang tular itu, sudah tentu mereka rasa teraniaya,” katanya. - Getaran, 7 November 20

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad