web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Patuhi SOP Agar Industri Pelancongan Tidak Tutup Semula

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2021 2:10PM

Keadaan di Cemeron Highlands yang sesak seperti tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) bagi kuarantin wajib dan pergerakan ke luar serta dalam negara menjadi pemangkin utama dalam merancakkan semula sektor pelancongan negara.

Dengan kebenaran itu, kawasan peranginan di seluruh negara kembali menjadi tumpuan orang ramai yang ‘sudah tidak sabar’ untuk bercuti selepas ia berkuat kuasa pada 18 Oktober lalu.

Namun, perkara itu menyebabkan penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran masyarakat yang terlalu ghairah sehingga lupa mematuhi SOP dengan bersesak-sesak di restoran dan kawasan tumpuan pelancong, seperti tersebar di media sosial baru-baru ini.

Atas dasar itu, Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) mengingatkan pemain industri pelancongan di Malaysia supaya menitik beratkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan oleh Kerajaan.

Pada masa sama, Presidennya, Datuk Mohd Khalid Harun menegaskan, mutu perkhidmatan juga perlu dipertingkatkan, susulan kelonggaran dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi sektor pelancongan beroperasi.

Menurut beliau, mutu perkhidmatan industri pelancongan tempatan perlu setanding dengan penggiat sektor terbabit di negara jiran, bagi menyambut kedatangan pelancong asing apabila sempadan negara dibuka dalam waktu terdekat.

Datuk Mohd Khalid Harun
Datuk Mohd Khalid Harun

“Sekiranya mutu perkhidmatan ini tidak dipertingkatkan secara profesional, maka negara akan kehilangan kedatangan pelancong luar. Begitu juga dengan kepatuhan SOP yang telah digariskan oleh kerajaan terutamanya bagi sektor perhotelan, penginapan dan restoran.

“Sebagai contoh menyediakan sarung tangan bagi pengunjung yang ingin menikmati juadah bufet di hotel yang berkongsi sudu bufet bersama pengunjung yang lain, penjarakan sosial serta sanitasi meja dan tempat duduk yang telah digunakan,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Mohd Khalid berkata, sekiranya SOP tidak diikuti dan terus diabaikan, Mohd Khalid khuatir keadaan itu akan melonjakkan semula kes COVID-19 dalam negara, sekali gus menyebabkan sektor pelancongan ditutup sekali lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengunjung pusat pelancongan agar tidak terlalu ghairah hingga lupa mematuhi SOP.

Ia termasuk bersesak-sesak di restoran dan kawasan tumpuan pelancong termasuk di Cameron Highlands seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Pengusaha pelancongan juga perlu mengehadkan jumlah pengunjung pada setiap hari untuk mengelak kesesakan dan memudahkan penjarakan fizikal serta mematuhi semua SOP ditetapkan.

“Perlu diingatkan kita telah berada di budaya norma baharu yang perlu kita patuhi kesemua SOP,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau turut menyarankan agar pihak berkuasa tempatan (PBT) menjaga landskap yang terbiar supaya tidak mencacatkan keindahan persekitaran.

“Rumput di tepi jalan yang panjang dan tidak terjaga terutama sepanjang jalan dari Lapangan Terbang Langkawi ke pekan Kuah perlu diindahkan kembali. Sekiranya ini tidak dititikberatkan maka ia akan mencacatkan keindahan landskap yang dilihat oleh pengunjung luar.

“Tidak ada gunanya kita bermegah dengan produk yang baik, sekiranya perkara asas ini tidak dipatuhi dan tidak terjaga,” katanya. - Getaran, 5 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

TARA 2 tahun yang lalu

Biarpun Kadar Tukaran Wang Tinggi, Rakyat Malaysia Masih Suka Ke Singapura

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar