Berita Terkini

5 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Kecewa Tuntutan Tidak Dipenuhi Bajet 2022, Doktor Kontrak Mogok Disember Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2021 3:20PM

Gerakan Hartal Doktor di seluruh negara telah dilancarkan pada Julai lepas bagi mendesak kerajaan memenuhi tuntutan doktor kontrak di seluruh negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Doktor kontrak di seluruh negara akan menjalankan protes secara aman kali kedua Disember depan jika tuntutan yang dikemukakan tidak diselesaikan kerajaan dalam tempoh ditetapkan.

Ia susulan pembentangan Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilihat gagal menyelesaikan isu membabitkan golongan berkenaan di negara ini.

Jurucakap Hartal Doktor Kontrak, Dr Mustapha Kamal A Aziz berkata, pihaknya menuntut kerajaan menawarkan pelantikan tetap kepada semua pegawai perubatan lantikan kontrak sedia ada, dan memohon penjelasan terperinci kriteria pelantikan tetap.

“Tuntutan kami masih sama dan jelas, selagi mana posisi doktor kontrak tidak berubah, selagi itu kita akan minta penjawatan tetap daripada kerajaan dan kedua, kita mahu kerajaan memberi penerangan lebih terperinci bagaimana pemilihan ke jawatan tetap dilakukan.

“Masih ada kumpulan doktor yang masuk pada Disember 2016 kekal berjawatan kontrak walhal mereka kumpulan pertama yang diambil ketika sistem itu dilaksanakan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menyandang jawatan Perdana Menteri. Ini perlu diselesaikan segera,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Dr Mustapha Kamal A Aziz
Dr Mustapha Kamal A Aziz

Menurut beliau, protes berkenaan adalah bagi memastikan janji kerajaan untuk menyambung kontrak doktor sehingga Disember 2022 dilaksanakan kerajaan.

“Jika ia tidak dilakukan, kita akan adakan protes. Kita mahu KKM cuak agar mereka dapat lakukan sesuatu,” tegasnya.

Terdahulu, Zafrul ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen baru-baru ini mengumumkan, kerajaan bersetuju melanjutkan perkhidmatan kontrak bagi 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi untuk tempoh maksimum empat tahun, berbanding dua tahun ketika ini.

Ia bertentangan dengan desakan Hartal Doktor Kontrak sebelum ini, yang menuntut jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak atau baharu, selain hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.

Julai lalu, Gerakan Hartal Doktor seluruh negara terpaksa mengambil tindakan drastik mengadakan perhimpunan aman, susulan kegagalan kerajaan memenuhi tuntutan dikehendaki.

Sekretariat Gerakan Hartal Doktor Kontrak melalui kenyataan media di Twitter malam tadi juga memaklumkan, tiada langkah tanggungjawab penuh diambil kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkenaan, malah tawaran diberikan tidak masuk akal serta sekadar membuang masa.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak langsung memberikan bantahan kepada Kementerian Kewangan berkenaan isu ini bagi membela hak doktor kontrak.

Dalam pada itu, Dr Mustapha mengharapkan agar lebih ramai doktor kontrak menyertai protes terbabit bagi memastikan mereka mendapat jaminan keselamatan pekerjaan daripada kerajaan.

“Kita menyasarkan 30 ke 35 peratus daripada seluruh doktor kontrak di seluruh negara menyertainya untuk membuktikan bahawa kita bukan sahaja bercerita untuk masa depan doktor kontrak, namun soal masa depan KKM.

“Ini kerana isu kesihatan awam amat dekat di hati rakyat khususnya B40 kerana mereka tak mampu dapatkan rawaran di hospital swasta. Kerajaan perlu fikir jika doktor cukup seperti disaran WHO, kenapa masih ramai yang menunggu sehingga 6 ke 9 jam di jabatan kecemasan hospital,” soalnya.

Ditanya implikasi kepada sistem kesihatan awam jika mogok berkenaan diteruskan, beliau menjelaskan, ia tidak akan menjejaskan operasi di hospital.

“Kita akan memastikan pesakit kritikal mendapat rawatan sewajarnya ketika doktor kontrak melakukan protes di samping operasi untuk hospital dan klinik kesihatan berjalan macam biasa.

“Kita juga akan fikir cara yang lebih baik untuk melaksanakan protes terbabit berbanding kali pertama dahulu,” katanya. – Getaran, 2 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Kakitangan 5 Lapangan Terbang Di Jerman Mogok, Ribuan Penumpang Bakal Terjejas

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pekerja Lapangan Terbang Frankfurt Lancar Mogok Pada Khamis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Doktor Kontrak Dakwa Diugut Pakar Perubatan, ‘Silalah Cuba, Kami Akan…’

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Doktor Kontrak: Kerajaan Pastikan Penyelesaian Menang-Menang - TPM

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jangan Pinggirkan Orang Asli Di KKB – Penduduk

oleh Noel Achariam

Luar Negara 2 jam yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 19 jam yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Semasa 8 jam yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri