web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tablet Diumum Kerajaan Tidak Sesuai Untuk Mahasiswa

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 7:36PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta mempertimbangkan untuk menukar tablet bakal diagihkan kepada mahasiswa kepada komputer riba, bagi menjamin penggunaan yang lebih efisien.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertimbangan itu wajar memandangkan tablet dilihat lebih relevan digunakan pelajar sekolah, manakala golongan mahasiswa yang perlu mengakses dan memproses lebih banyak maklumat pastinya memerlukan peranti bersesuaian.

“Sebenarnya ada rayuan daripada mahasiswa dan persatuan mahasiswa mengenai ini (peranti). Tablet mungkin sesuai untuk sekolah, tetapi untuk mahasiswa kerana skop itu lebih sesuai, banyak yang menuntut komputer riba.

“Jadi saya minta ini dipertimbangkan. Ada juga komputer riba yang kita rasa dapat menurunkan peruntukan dengan kos sekarang,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim meminta pandangannya mengenai jenis peranti lebih sesuai diserahkan kepada mahasiswa.

“Peranti yang diberikan juga perlu memenuhi keperluan, terutama kalau nak berikan kepada pelajar universiti, mungkin lebih sesuai beri laptop (komputer riba), tablet mungkin kurang sesuai, jadi saya minta pandangan Port Dickson,” kata Steven.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 pada Jumaat lalu mengumumkan, kerajaan bersetuju membekalkan sebuah tablet kepada setiap mahasiswa dalam kalangan B40 menerusi PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi memastikan proses pengajian golongan itu lebih terjamin.

Usaha dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih itu akan membabitkan peruntukan RM450 juta dan dijangka memanfaatkan 600,000 mahasiswa.

Menjawab kenyataan dikemukakan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa proses pemilihan dan perolehan peranti itu wajar dipantau kerajaan, Anwar bersetuju dengan penegasan berkenaan kerana menganggap usaha terbabit mampu menjamin mutu dan mengawal perbelanjaan munasabah.

“Saya setuju dengan penegasan Ahli Parlimen Muar kerana bila kita berikan kelulusan, tentunya Kementerian Kewangan sedia maklum kalau tidak dipantau daripada segi proses perolehannya, ketirisan atau kebocoran pasti berlaku, baik daripada segi mutu atau kos.

“Dalam hal ini, disebabkan pengumuman diberikan adalah kerana kepentingan pendidikan, maka harus dijamin mutu dan kos yang muhasabah,” katanya.

Dalam kenyataannya, Syed Saddiq melahirkan kerisauan dan harapan supaya Tengku Zafrul memberikan penjelasan mengenai proses pemilihan pengagihan peranti, apakah ia dibuat melalui tender terbuka atau sebaliknya.

“Kerisauan saya adalah apabila tahun lepas kita lihat ada beberapa kerajaan negeri yang turut menjanjikan peranti percuma kepada mahasiswa tetapi akhirnya apabila sampai ke tangan, mereka hanya pakai peranti itu tidak sampai seminggu, boleh meletup.

“Perkara ini bukan kecil kerana berlaku kepada banyak keluarga susah yang impaknya jauh lebih buruk. Justeru saya berharap pastikan peranti ini berkualiti dan proses pemilihan dilakukan melalui tender terbuka, jadi peruntukan RM450 juta dapat disampaikan kepada mahasiswa daripada keluarga susah,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Tengku Zafrul diingatkan supaya membantu memantau pelaksanaan pengagihan peranti kepada mahasiswa di Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memastikan usaha itu berjalan lancar mengikut sasaran tempoh ditetapkan.

“Saya nak ingatkan apabila Menteri Pendidikan mengumumkan pembahagian peranti itu sudah setahun yang lalu. Kemudian Menteri Kewangan kata pengedarannya pada Februari 2021, tetapi masih belum capai sasaran.

“Ada perbezaan kenyataan di situ, jadi saya cuma nak ingatkan supaya Menteri Kewangan bantu pantau pelaksanaan di KPM,” katanya. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad