web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Depresi Suri Rumah, Usah Luah Perasaan Di Media Sosial - Pakar

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 11:44AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini seorang lelaki dikecam hebat warganet gara-gara ciapannya di Twitter yang memperlekehkan luahan perasaan seorang wanita menerusi aplikasi TikTok.

Dalam video yang viral itu, wanita tersebut dilihat menangis meluahkan tekanan perasaan dihadapi sambil menjaga anak kecilnya.

Video tersebut bukan ingin meraih perhatian, hanya sekadar berkongsi rasa mengenai realiti kehidupan wanita bergelar suri rumah yang mudah terdedah kepada depresi.

Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, depresi di kalangan suri rumah meningkat saat pandemik COVID-19.

“Depresi memang betul-betul berlaku kerana tahap keresahan dan juga kemurungan di kalangan wanita dua kali ganda berbanding lelaki, apatah lagi dikalangan suri rumah.

“Dalam situasi COVID-19 ketika ini, sudah tentu tanggungjawab yang mereka pikul sangat besar. Ia mungkin tidak disedari semua orang tapi itulah hakikatnya. Jadi tekanan dihadapi mereka sangat tinggi,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau berkata bebanan kerja dan tanggungjawab besar yang dipikul suri rumah ketika ini antara punca yang mempengaruhi tekanan emosi mereka.

“Ada yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 tapi mereka (suri rumah) terpaksa berfikir cara untuk memenuhi keperluan rumah tangga dalam keadaan norma baharu.

“Bila anak-anak dan suami ada di rumah, beban mereka turut meningkat. Mereka perlu jadi orang tengah di antara anak dan suami. Jadi ada di antara mereka kurang tidur dan tidak sempat untuk berehat,” katanya.

Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj
Profesor Datuk Dr Andrew Mohanraj

Dedah Dr Andrew, kes keganasan rumah tangga turut meningkat akibat kesan pandemik COVID-19.

“Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, panggilan yang diterima daripada suri rumah meningkat dua kali ganda berbanding tahun lalu, dengan 50 peratus daripadanya membabitkan aduan keganasan rumah tangga.

“Mereka berhadapan penderaan fizikal dan emosi yang berpunca oleh konflik rumah tangga. Ada juga beberapa situasi membabitkan satu keluarga besar tinggal dalam satu rumah yang kecil. Jadi timbullah perbezaan pendapat sehingga mencetuskan pergaduhan yang tidak diduga,” katanya.

Begitu pun beliau berkata, situasi itu menunjukkan penurunan sejak Ogos lalu selepas beberapa kelonggaran yang diberikan kerajaan.

“Saya akui bila situasi semakin baik dengan ramai sudah lengkap divaksinasi dan ada yang sudah kembali bekerja di pejabat, panggilan (aduan) daripada suri rumah sudah menurun. Ini perkembangan yang positif.

“Jadi berdasarkan situasi itu kita dapat kaitkan beban suri rumah waktu pandemik sememangnya meningkat. Faktor penyumbang kepada depresi, kemurungan dan keresahan teruk dicerminkan dengan peningkatan aduan sebelum ini,” katanya.

Pada masa sama, Dr Andrew yang juga pakar psikiatri tidak menyarankan orang ramai meluahkan perasaan yang terpendam di media sosial kerana dikhuatiri akan memberi kesan lebih teruk kepada emosi mereka.

“Seiring peredaran zaman, ada yang secara tidak sengaja meluahkan perasaan yang terpendam di hati mereka di media sosial. Mungkin dengan cara itu secara tidak langsung mengurangkan beban psikologi dan tekanan emosi yang dialami.

“Ini satu alternatif tapi saya khuatir mangsa dapat banyak kecaman daripada nasihat. Lihat sahaja peristiwa sebelum ini, kecaman hebat boleh mencetuskan perasaan ingin bunuh diri atau kemurungan teruk,” katanya.

Beliau menarik perhatian, individu yang mengalami depresi perlu mendapatkan khidmat nasihat, sokongan psikologi dan kaunseling untuk membantu mereka pulih supaya dapat menjalani kehidupan normal.

“Daripada luah perasaan di media sosial lebih baik kita bercerita dengan orang terdekat iaitu keluarga atau kawan-kawan rapat. Itulah sokongan yang pertama.

“Tapi cara yang betul adalah mengadu dan mendapatkan khidmat daripada yang pakar yang sudah terbukti akan membawa perubahan yang bermakna kepada mangsa,” katanya.

Pada masa sama, Dr Andrew turut menggesa orang ramai supaya tidak memperlekehkan golongan suri rumah yang juga tonggak utama ketenteraman dan kesejahteraan sesebuah keluarga.

“Orang ramai harus menghargai peranan suri rumah. Jangan pandang rendah dan perlekehkan peranan mereka. Merekalah ‘tongkat’ ketenteraman dan kesejahteraan sesebuah keluarga.

“Walaupun mereka tak ada pendapatan, peranan mereka sebenarnya ada nilai ekonomi dalam keluarga. Melalui pandemik ini kita dapat pengajaran bahawa suri rumah adalah satu pekerjaan yang murni dan besar pengorbanannya,” katanya. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad