web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputeraan Sultan Kedah, MB Dahului Senarai Penerima Pingat, Darjah Kebesaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 10:25AM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mendahului senarai penerima Darjah serta Bintang Kebesaran Kedah dengan dikurniakan gelaran Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Ia sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah ke-79.

Selain itu, Pengarah Urusan Weststar Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim menjadi penerima tunggal Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang turut membawa gelaran sama.

Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) pula dikurniakan kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidin yang membawa gelaran Datuk Wira.

Manakala Darjah Dato’ Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) diterima Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Mohammad Abd Rahman serta Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah 2, Laksamana Muda Rusli Ahmad yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim
Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim

Kenyataan berhubung perkara itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pendaftar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim di sini, hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri, Juhari Bulat; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan, Keluarga dan Masyarakat negeri, Halimaton Shaadiah Saad serta Pengarah Tanah dan Galian negeri, Mohd Fauzi Mustaffa pula dikurniakan darjah Dato' Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk.

Seramai 15 individu lagi antaranya Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat; Penasihat Undang-Undang negeri, Nik Azhan Hakim Nik Mahmood; Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Mohd Yusri Md Daud serta Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Syeikh Zakaria Othman menerima Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang turut membawa gelaran Datuk.

Tiga individu iaitu Penolong Pengarah EIC Cawangan Khas E, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, SAC Dr Lim Joo Soon; Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM), Edwin Galan Anak Teruki serta bekas Pegawai Memerintah Wisma Transit Kuala Lumpur, Brigedier Jeneral Ahmad Faiezzelan Abdul Karim turut menerima gelaran Datuk apabila dikurniakan Darjah Dato' Setia Pahlawan (DDSP).

Sementara itu Ammar memaklumkan, Istiadat penganugerahan Darjah-Darjah Setia Bintang-Bintang Kebesaran itu akan diadakan pada tahun depan.

“Gelaran-gelaran itu bagaimanapun boleh diguna pakai secara rasmi bermula hari ini,” katanya. - Getaran, 1 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

4

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar