web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Dicadang Perkukuh Semula Hubungan Dengan Taliban - Pemuda PAS

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2021 1:34PM

Khairil Nizam Khirudin - Gambar dari Facebook DPPM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Kerajaan Malaysia disarankan untuk mengukuhkan semula hubungan dua hala bersama pemerintah Taliban di Afghanistan.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Senator Khairil Nizam Khirudin ketika berucap di Muktamar Pemuda PAS berkata, Malaysia mampu berbuat demikian kerana mempunyai kekuatan daripada aspek diplomasi yang disifatkan sebagai mantap.

“Jika Komunis di China boleh menghulurkan tangan kepada Afghanistan di bawah Taliban, mengapa tidak kita sebagai saudara seIslam?

“Konflik berterusan tidak akan menguntungkan sesiapa melainkan segelintir ‘military-industrial-complex’ yang dahagakan darah demi tembolok mereka sahaja,” katanya.

Rejim Taliban berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan, pada 15 Ogos lalu, setelah pengunduran gabungan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) yang memerintah negara tersebut selama 19 tahun.

Pengunduran tentera asing di negara itu adalah susulan rundingan damai antara Taliban dengan Washington yang bermula sejak Februari lalu.

Pencerobohan ke atas Afghanistan menyusul selepas serangan pada 7 Oktober 2001 yang menyaksikan kejatuhan militan Al-Qaeda, iaitu kumpulan didakwa sebagai dalang utama serangan 11 September, sehingga mengorbankan lebih 3,000 penduduk AS. - Getaran, 30 Oktober, 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad