web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amang Seksual Pada Anak, Bapa Mengaku Salah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 5:18PM

Kompleks Mahkamah Sungai Petani

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya sendiri, penghujung tahun lalu serta pertengahan tahun ini.

Tertuduh yang berusia 40 tahun mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut sebaik ia dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Azman Abu Hassan.

Pertuduhan tersebut dilakukan secara panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp, memandangkan tertuduh sedang menjalani tempoh kuarantin di lokap.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan seorang penjaja didakwa memasukkan jari serta menjilat kemaluan anaknya yang berusia 16 tahun di rumah mereka, di Gurun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 25 Disember 2020, kira-kira jam 3 pagi.

Untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama di rumah mereka kira-kira jam 5.30 petang, 25 Jun lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu dikendalikan Pegawai Siasatan dan Perundangan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Asisten Superintendan Mohd Fakruzi Ismail mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seskyen 16(1) akta sama manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 November sebagai tarikh sebutan semula sementara menanti laporan perubatan dan fakta hukum. - Getaran 26 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar