web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Perlu Ada Sistem Akaun Yang Baik, Elak Kutipan Tidak Jelas - SPRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 2:35PM

Masjid Negara - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Masjid-masjid di negeri ini perlu mempunyai sistem perakaunan yang lebih baik bagi meningkatkan mutu pengurusan dan pentadbiran di rumah ibadat tersebut, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad.

Beliau berkata sistem perakaunan yang baik dan lebih teratur juga dapat memudahkan lagi pengurusan penerimaan dan penggunaan kutipan masjid sekali gus melicinkan pengurusan kewangan masjid-masjid di negeri ini.

“Kami melihat Jabatan Mufti tiada masalah cuma dari segi pentadbiran agama ada sedikit perhatian perlu diberikan kepada masjid-masjid yang berkisar kepada kutipan tertentu yang tidak mengikuti perakaunan yang baik. 

“Tiada banyak masalah pun. Cuma kadang-kadang penerimaan dan penggunaan wang itu tidak jelas. Mungkin boleh buat satu akaun yang mudah untuk rekod kemasukan dan pengeluaran wang, kalau itu boleh laksana dengan baik, tiada apa-apa masalah pengurusan di masjid,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 Jabatan Mufti negeri Perak dan Ikrar Bebas Rasuah oleh Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad secara maya hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi turut memuji kepimpinan Jabatan Mufti negeri Perak yang menyokong SPRM secara berterusan dalam menangani jenayah rasuah habis-habisan sekali gus menunjukkan komitmen yang tinggi dalam membangunkan pelan antirasuah sebagai langkah kawalan dalaman bertujuan mencegah salah laku rasuah.

“OACP merupakan satu daripada usaha dalam menangani pelanggaran rasuah dan integriti serta mengukuhkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim berkata pelan OACP berkenaan dibangunkan bagi menangani permasalahan dan kelemahan pentadbiran, integriti dan antirasuah dalam kalangan warga jabatan itu.

“OACP yang dirangka Jawatankuasa OACP Jabatan Mufti telah mengenal pasti sebanyak 79 inisiatif atau pelan tindakan yang merangkumi lima bidang keutamaan iaitu perolehan dan kewangan, sumber manusia dan pentadbiran, fatwa, falaq dan maktabah serta lima strategi dalam mencegah salah guna kuasa dan rasuah yang dimantapkan 15 objektif strategi.

“Pelan ini diharap akan menjamin reputasi dan prestasi Jabatan Mufti sebagai sebuah agensi kerajaan daripada pelbagai penemuan dan peraturan yang sedang dikuat kuasa atau tohmahan rasuah atau data kelakuan dalam kalangan warga jabatan,” katanya.

Dalam pada itu, Saarani berkata usaha memerangi gejala rasuah memerlukan evolusi berterusan selari dengan perubahan semasa jenayah yang dilihat semakin sofistikated.

“Mendepani cabaran ini, kita perlu memastikan OACP yang hendak dilaksanakan ini benar-benar ampuh. OACP ini sarat dengan perancangan inisiatif tetapi isu pokoknya adalah bagaimana kita hendak melaksanakannya agar ia benar-benar mampu menyekat kegiatan rasuah,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 30 minit yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad