Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Pantau Perkembangan Kempen Anti Minyak Sawit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 7:18AM

Kerajaan sentiasa memantau perkembangan kempen anti minyak sawit di negara barat yang dilancarkan sejak 1980-an. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sentiasa memandang serius kempen anti minyak sawit di negara barat dan memantau perkembangan perundangan yang boleh memberi impak negatif kepada industri sawit Malaysia di luar negara.

Timbalan Menterinya,Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata industri sawit Malaysia sering ditohmah dengan mengaitkannya dengan isu ketidakmampanan, kemusnahan hutan dan kesan terhadap alam sekitar melalui kempen anti minyak sawit yang dilancarkan sejak 1980-an.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam bagi menjawab soalan Cha Kee Chin (DAP-Rasah) mengenai inisiatif dan strategi terkini kementerian untuk memerangi kempen anti minyak sawit di negara barat.

Menurutnya, strategi itu dikategorikan kepada antarabangsa dan dalam negara.

“Di peringkat antarabangsa, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sentiasa bergiat aktif dalam mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan penggubal undang-undang di Eropah dan Amerika Syarikat untuk menjaga kepentingan minyak sawit Malaysia,” katanya.

Beliau berkata MPOB melalui rangkaian yang dibina melalui pejabat-pejabat di luar negara berjaya mendapat sokongan China, India dan negara lain dalam usaha membantah cadangan yang bakal memudaratkan perdagangan sawit menerusi Mesyuarat ‘Codex Alimentarious Committee.’

Selain itu, katanya KPPK bersama agensi di bawahnya sentiasa menggembleng tenaga bagi memastikan industri sawit negara berkembang mampan selaras dengan hala tuju dan kerangka Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam memenuhi permintaan global.

Wee berkata di peringkat negara, kerajaan terus menekankan dan menerajui kemampanan industri sawit melalui pelaksanaan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori mulai 1 Januari 2020 di sepanjang rantaian bekalan pengeluaran minyak sawit.

“Kerajaan juga melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan termasuk menghasilkan bahan tanaman sawit dengan hasil dan kualiti lebih baik serta meningkatkan penggunaan automasi dan mekanisasi ladang, amalan pertanian yang baik serta meningkatkan produktiviti.

“Selain itu, kerajaan menetapkan had keluasan tanaman sawit pada 6.5 juta hektar sahaja untuk memastikan industri sawit tidak lagi dikaitkan isu penyahhutanan. Pembukaan kawasan baru untuk tanaman sawit adalah bukan keutamaan bagi kementerian,” katanya.

Beliau berharap usaha berkenaan dapat menutup ruang kepada pihak luar terutamanya Kesatuan Eropah dan organisasi bukan kerajaan untuk mengaitkan minyak sawit dengan penebangan hutan dan pemusnahan habitat serta biodiversiti.

Dalam perkembangan lain, Wee berkata KPPK sentiasa bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Jabatan Pertanian Sarawak untuk memajukan dan memperkasa industri lada negara.

Beliau menjawab pertanyaan Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien (Bebas-Julau) mengenai kesediaan KPPK bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak dalam memanfaatkan penggunaan teknologi satelit bagi menentukan jumlah sebenar saiz keluasan kawasan tanaman dan pengeluaran lada yang dijalankan di negeri itu.

Menurutnya, Lembaga Lada Malaysia sedang bekerjasama dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menentukan keluasan tanaman lada dan pengeluaran melalui penggunaan teknologi satelit.

“Kerjasama ini masih dalam pelaksanaan dan dilakukan secara berfasa iaitu fasa pertama melibatkan kawasan tanaman di Semenanjung Malaysia yang dijangka selesai pada hujung tahun ini dan pelaksanaan yang seterusnya di Sabah dan Sarawak,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

Semasa 9 jam yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran