Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Elak Tindakan, Guru Wajar Patuhi Pekeliling 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 7:17AM

Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai 1 November ini selepas negeri itu beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keengganan segelintir penjawat awam, termasuk guru untuk menerima vaksin COVID-19 tanpa alasan perubatan masih terus membelenggu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) walaupun pelbagai usaha dijalankan kerajaan bagi memastikan rakyat menerima vaksinasi itu.

Susulan kedegilan mereka, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akhirnya mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan penjawat awam melengkapkan suntikan vaksin sebelum 1 November bagi mengembalikan perkhidmatan kerajaan ke tahap pengoperasian penuh berdasarkan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali pula menerusi kenyataannya beberapa hari lalu menyeru semua penjawat awam supaya mematuhi pekeliling terbabit bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan tatatertib.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin kemudian mengulangi pendirian JPA itu melalui ciapan di Twitter, dengan turut memaklumkan arahan berkenaan terpakai kepada semua penjawat awam, termasuk guru yang tidak mahu divaksin tanpa alasan.

“Tidak vaksin? Bermula 1 November 2021, mana-mana pegawai perkhidmatan awam yang enggan vaksin (tanpa alasan perubatan) boleh ditamatkan perkhidmatan.

“Pekeliling dari JPA, terpakai kepada semua pegawai awam termasuk guru yang tidak mahu vaksin tanpa alasan,” katanya menerusi ciapan tersebut.

Mohd Azizee Hasan
Mohd Azizee Hasan

Presiden Ikatan-Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, berkata, tindakan tatatertib termasuk ditamatkan perkhidmatan ke atas guru yang enggan divaksin tanpa alasan perubatan disifatkan wajar, selepas kerajaan sudah memberikan peluang dan tempoh agak lama kepada golongan terbabit untuk berbuat demikian.

KPM, katanya, sudah menjalankan pelbagai libat urus, seperti program kesedaran, nasihat dan kaunseling berhubung kepentingan vaksinasi, sama ada menerusi guru besar, pengetua atau kaunselor pejabat pendidikan daerah (PPD).

Biarpun KPM sudah menggunakan pendekatan secara berhemah dan memberikan masa agak lama, jelasnya, masih ada guru tidak akur dengan arahan terbabit sehingga memaksa JPA mengeluarkan pekeliling itu.

“Wajar kerajaan kenakan tindakan tataterbit kepada guru ini selepas melaksanakan langkah awal untuk memujuk, mendorong, merayu dan berbincang tetapi masih ada segelintir mereka yang enggan. Pilihan terakhir terpaksa bawa ke peruntukan undang-undang.

“Apapun, saya rasa mungkin pekeliling ini akan mendorong lebih ramai guru yang enggan divaksin menerima suntikan itu, manakala bagi guru yang tetap menolak vaksin, wajar juga diberikan pilihan untuk dikenakan tindakan tatatertib, termasuk bersara awal sebagai kakitangan awam,” katanya kepada Getaran.

Mohd Azizee berkata, golongan guru harus memahami bahawa peraturan mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 adalah selaras dasar kerajaan untuk memastikan perjalanan dan pentadbiran negara terjamin, selain tidak mahu mencetuskan kebimbangan ibu bapa dan anak-anak ketika menjalani pendidikan di sekolah serta mengelakkan isu susulan pada masa depan.

“Jika ada yang mendakwa wujud diskriminasi kepada guru enggan divaksin, bagi saya tidak begitu, sebaliknya jika dilihat daripada sudut positif, arahan ini adalah sebagai dorongan untuk mereka mengambil imunisasi. Ini harus difahami.

“Apa paling penting, pengambilan vaksinasi ini adalah demi keselamatan warga pendidikan dan ekosistem pendidikan kita lebih terjamin, malah sebagai penjawat awam, guru berkenaan patut mengutamakan kepentingan negara daripada diri sendiri,” katanya.

Justeru, berbaki satu minggu menjelang 1 November, Mohd Azizee menyeru golongan guru agar akur dengan arahan pekeliling terbabit atau bersedia berdepan tindakan tatatertib, termasuk bersara awal daripada perkhidmatan pendidikan.

Beliau berkata, pihaknya juga yakin KPM tidak berasa rugi sekiranya ada guru yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal kerana masih ramai golongan pendidik itu boleh digaji.

Ditanya kenyataan segelintir guru enggan divaksin yang mendakwa nasib mereka boleh dibela pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau kesatuan pekerja berkaitan pendidikan, Mohd Azizee menegaskan, perkara itu sukar dilaksanakan memandangkan pekeliling berkenaan jelas memaklumkan arahan terbabit perlu diikuti penjawat awam.

“Pekeliling dan kenyataan dikeluarkan JPA, Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara jelas meminta penjawat awam mengambil vaksinasi,” katanya.

Wang Heng Suan
Wang Heng Suan

Mengulas isu sama, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Wang Heng Suan berkata, pihaknya tetap dengan pendirian menyokong pengambilan vaksin ke atas guru,  seperti arahan dikeluarkan kerajaan terhadap semua penjawat awam.

Jelasnya, golongan guru seharusnya memahami bahawa pengambilan vaksinasi itu adalah penting untuk keselamatan diri sendiri.

Heng Suan berkata, menerusi maklumbalas diterima NUTP daripada pakar Kementerian Kesihatan (KKM), imunisasi terbabit mampu membendung keseriusan jangkitan virus itu.

“Pakar KKM mengatakan kita patut menerima vaksin untuk menjaga keselamatan diri sebab kadar jangkitan mereka yang tidak vaksin lebih tinggi, jadi sebab ini NUTP setuju golongan guru divaksin.

“Malah, sebagai penjawat awam, guru ini kena ikut arahan ditetapkan dan tercatat dalam pekeliling JPA. Patut patuhi serta harus fikir jika dikenakan tindakan, keadaan ini akan memberi risiko kepada diri mereka sendiri, termasuk masa depan kerjaya dan kewangan,” katanya.

Menurut Heng Suan, maklum balas diterima NUTP menyaksikan kebanyakan guru enggan divaksin ini memberi alasan bahawa tindakan itu adalah atas faktor agama dan kurang faham kepentingan di sebalik suntikan vaksinasi berkenaan.

“Guru masih enggan divaksin atas alasan tertentu, boleh datang berjumpa dan berbincang dengan NUTP, JPA serta KPM bagi mendapatkan penjelasan terperinci atau dirujuk ke pihak berkaitan,” katanya. - Getaran, 25 Oktober 2021

Sorotan

1

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

2

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

3

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

4

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

5

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

6

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

7

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menguasai Bahasa Kebangsaan Dengan Baik Bukan Syarat Perbaharui Pasport - JIM

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 29 minit yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 1 hari yang lalu

8 Jenazah Nahas Helikopter Disembahyangkan, Diberi Penghormatan Terakhir Ikut Istiadat

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu