web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Memandu Bawah Pengaruh Alkohol, 4 Individu Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2021 8:56PM

Anggota polis membuat pemeriksaan ke atas pemandu dalam Op Mabuk yang diadakan di sekitar Penampang. - Gambar ihsan IPD Penampang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Empat pemandu ditahan dalam operasi Op Mabuk lewat malam semalam selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Haris Ibrahim berkata, operasi di Jalan Bundusan itu turut membabitkan pemeriksaan ke atas 75 kenderaan.

Menurut beliau, operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Penampang itu melibatkan dua pegawai kanan dan 16 anggota. 

"Operasi diketuai oleh Pegawai Turus Penguatkuasa JSPT Sabah, Asisten Superintendan (ASP) Andi Baso Andi Mappangerang dan dibantu Ketua BSPT Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Inspektor Jupri Usman.

"Selain penahanan empat individu tersebut, kita turut mengeluarkan 24 saman atas pelbagai kesalahan, antaranya tidak memiliki lesen memandu, mengubahsuai kenderaan dan lesen memandu tamat tempoh," jelasnya.

Menurut Mohd Haris, polis turut memeriksa 80 individu dalam operasi yang berakhir pada jam 1 pagi itu.

Mohd Haris berkata empat individu yang ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol akan disiasat di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Keempat-empat individu ini katanya, boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000 jika sabit kesalahan.

Getaran diberitahu, operasi yang bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya dan pematuhan undang-undang jalan raya itu berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. - Getaran, 22 Oktober 2021
 

Sorotan

1

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

2

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

4

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

5

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

6

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad