web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemindahan Kredit Tak Sah, Lelaki Manipulasi Sistem Syarikat Telekomunikasi Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 10:55AM

Mohd Kamarudin Md Din - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taktik licik seorang lelaki memanipulasikan sistem syarikat telekomunikasi untuk mengaut keuntungan mudah akhirnya terbongkar selepas ditahan di sebuah rumah sekitar Kota Bharu, Kelantan, Selasa lalu.

Modus operandi terbaharu itu dikesan selepas syarikat telekomunikasi terbabit mengalami kerugian berjumlah RM3,882 akibat pemindahan kredit secara tidak sah sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan mendapati suspek mengubah suai butiran kad pengenalan miliknya dengan memasukkan maklumat pelanggan pascabayar yang sedia berdaftar bersama syarikat telekomunikasi terbabit.

Katanya, kad pengenalan tersebut kemudiannya digunakan untuk membuka akaun baru dalam bentuk prabayar di syarikat telekomunikasi sama.

“Selepas membuka akaun baharu, suspek mendaftarkan nombor tersebut dalam aplikasi disediakan syarikat terbabit.

“Apabila pendaftaran berjaya, sistem akan beranggapan nombor baharu tersebut adalah milik pelanggan sedia ada dan akan membenarkan transaksi pemindahan kredit dari nombor pascabayar ke nombor prabayar yang ditentukan oleh suspek," katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan lanjut.

“Ketika ditahan polis merampas tiga unit telefon pintar pelbagai jenama, enam keping sim kad dan beberapa peralatan komputer.

“Polis percaya dengan penahanan suspek, sebanyak lapan kes melibatkan modus operandi sama berjaya diselesaikan,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Getaran, 21 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad