web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penantian 18 Tahun Miliki Rumah Sendiri Berakhir, Nelayan Bersyukur Dapat PPRT

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 7:57AM

Mahdzir Khalid menyampaikan replika kunci kepada pemilik rumah PPRT Ramlon Maidin (kiri) di Kampung Tanjung Batu Pitas hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA MARUDU - Penantian selama 18 tahun Masri Bakri, 45, untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya tercapai apabila dia dan keluarga kecilnya kini mendiami rumah yang dibina menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tanjung Batu di sini.

Masri, yang bekerja sebagai nelayan, sebelum ini menumpang di rumah keluarga mentuanya bersama isteri, Masritah Mohd Yassin, 40, dan empat anak mereka sejak 2003.

Beliau berkata mereka sekeluarga mula mendiami rumah PPRT itu pada April selepas ia mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

“Kami tinggal di rumah mentua cukup lama. Sebenarnya saya memang sudah lama memohon rumah PPRT dan kalau diikutkan, ada tujuh kali saya membuat permohonan tetapi tidak berjaya.

“Bagaimanapun, saya amat bersyukur apabila pada tahun ini diberikan rezeki untuk mendapatkan rumah PPRT. Anak-Anak juga gembira dapat tempat tinggal yang selesa.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana membantu golongan seperti kami,” kata Masri kepada pemberita di rumahnya hari ini.

Rumah berkeluasan 660 kaki persegi itu, yang dilengkapi tiga bilik tidur, satu bilik air, dapur serta ruang tamu, dibina dengan kerjasama GiatMARA menerusi projek PPRT 2021, Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Seorang lagi penerima, Ramlon Maidin, 51, turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan membina rumah PPRT yang disifatkannya sebagai kediaman cukup selesa serta selamat untuk isteri dan lima anak mereka masing-masing berumur empat hingga 15 tahun.

“Saya gembira dapat memiliki rumah sendiri. Anak-Anak cukup seronok dengan rumah baharu, bukan macam rumah lama dulu, keadaan sangat teruk apatah lagi ketika hujan kerana air masuk sampai ke dalam. Sekarang tidur pun selesa,” katanya yang bersyukur kerana usaha memohon selama 10 tahun ternyata berbaloi apabila impian untuk memiliki rumah PPRT tercapai tahun ini.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid menyerahkan replika kunci rumah kepada penerima PPRT Bina Baru di kampung itu selain bantuan bakul makanan kepada mereka.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Menteri Kerja Raya negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mahdzir berkata Kerajaan Persekutuan memperuntuk RM83.2 juta bagi membina 520 rumah baharu PPRT dan membaik pulih sejumlah 2,818 rumah PPRT di Sabah serta Labuan pada tahun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad