web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hantar Pulang Pelarian Dengan Betul, Kerajaan Digesa Wujud Mekanisme Khas

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2021 3:43PM

Gambar fail AFP

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewujudkan satu mekanisme koordinasi serta sebuah jawatankuasa bersama, bagi memastikan proses penghantaran pelarian dilakukan mengikut lunas undang-undang.

Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) - Polisi Pelarian di Malaysia berpendapat,  wujud keperluan kritikal untuk menyaring status warga asing yang bakal dihantar pulang ke negara asal.

Pengerusi KRPPM, Chang Min Kai yang juga merupakan Ahli Parlimen Alor Setar berkata, mekanisme tersebut perlu dibarisi sekurang-kurangnya Wisma Putra, jawatankuasa bersama untuk pelarian dan sebuah badan bebas, seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Kumpulan itu turut membidas tindakan Jabatan Imigresen menghantar pulang 1,200 rakyat Myanmar pada 23 Februari lalu,  walaupun telah dimaklumkan mengenai perintah pergantungan sementara yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi.

Menurut Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), antara warga asing yang terlibat dalam penghantaran itu adalah individu berstatus pelarian, pemohon suaka serta kanak-kanak yang berisiko dipisahkan dari ibu bapa atau penjaga.

“KRPPM mendesak Jabatan Imigresen menjelaskan punca penghantaran beberapa individu pelarian yang disahkan UNHCR, dan faktor penyenaraian nama mereka sedangkan Jabatan Imigresen sebelum ini mendakwa, semua pendatang tersenarai adalah dari golongan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Bagaimana proses verifikasi dijalankan dan apa keadaan terkini bagi individu yang telah dikenalpasti sebagai pelarian?” kata Min Kai.

Beliau juga berpendapat, Jabatan Imigresen perlu mengikut perintah mahkamah dan memperuntukkan waktu mencukupi bagi proses pengesahan warga asing.

“Ini perlu untuk memastikan individu yang memerlukan perlindungan tidak dikembalikan ke negara asal dan berdepan risiko penganiayaan.

“Walaupun Malaysia belum menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, kita mempunyai tradisi menyambut pelarian dengan alasan kemanusiaan yang kita lakukan dalam banyak kesempatan sebelum ini,” katanya. – Getaran, 27 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Tegas Tangani Isu Imigran

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Puji Resolusi UNHCR, Islamofobia Perlu Ditentang

3

Selera 3 tahun yang lalu

Sejauh Manakah Makanan Menyatukan Semua?

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Perlu Perkemas Penglibatan Pihak Tangani Isu Pelarian, Mekanisme Pengurusan Harus Efisien

Sorotan

1

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

2

PRN Negeri Sembilan: Ada Perbincangan Positif Dengan BN - PAS

3

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

4

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

5

Keputusan Kes Syed Saddiq: Bella Astillah, Keluarga Hadir Di Mahkamah Persekutuan 

6

Menang 8 Kerusi, ADUN PH Sedia Jalankan Tugas Pembangkang Dengan Penuh Integriti - Amirudin

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bersama Hanya Pemecah Undi, Beri Kelebihan Kepada BN - Tony Pua

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Tiada Perjanjian Dimuktamadkan Antara UMNO Dan Pas - Zahid 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Pub Popular Terbakar, 27 Maut, Puluhan Cedera Parah 

oleh Sophia Ahmad