web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbabas Langgar Gajah, Lelaki Maut

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Oct 2021 2:13PM

Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari telat duduk pemandu. - Gambar dari JBPM Negeri Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Seorang pemandu kereta maut, manakala tiga lagi cedera selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas, apabila melanggar seekor gajah di Jalan Pinang menghala Bukit Tongkat di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, pemandu Honda City berkenaan, Ismail Daud, 37, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala bapa mertua, biras dan anak lelakinya yang berusia antara lima tahun hingga 65 tahun, mengalami kecederaan.

Menurut Komander Operasi Abd Rahim Razali, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam ditugaskan ke lokasi kemalangan sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 9.59 malam.

“Kita dapati sebuah kereta yang dinaiki empat orang lelaki telah terbabas setelah melanggar seekor gajah.

“Terdapat tiga mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Abd Rahim berkata, seorang mangsa di tempat duduk pemandu pula disahkan telah meninggal dunia.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil memberitahu, operasi ditamatkan pada jam 10.44 malam tadi. - Getaran, 17 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar