web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa 4, Isnin Ini

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 9:18PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (18 Oktober).

Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh sama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan berkata perkara itu diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikannya hari ini.

Beliau berkata dengan peralihan fasa bagi negeri-negeri tersebut, Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa Tiga.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa,” katanya.

Perdana Menteri berkata prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa Tiga dan Empat boleh dilayari di laman sesawang rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN), www.mkn.gov.my.

Mengulas lanjut, beliau berkata berdasarkan laporan kes positif COVID-19 harian yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM), negara mencatatkan bilangan kes di bawah 10,000 kes sehari bagi tempoh dua minggu berturut-turut.

Katanya kadar kebolehjangkitan atau R-naught juga terus mencatatkan penurunan dengan angka di bawah paras 1.0 iaitu 0.86.

“Sehingga semalam, kadar vaksinasi populasi dewasa bagi dos pertama adalah 95 peratus manakala jumlah yang menerima dua dos vaksin pula seramai 91.2 peratus dan dijangka terus meningkat,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata mesyuarat jawatankuasa khas itu juga bersetuju untuk  melaksanakan program rintis protokol test and release (T&R) dengan syarat perjalanan atau itinery yang ketat dan terhad bagi lawatan rasmi kepada kumpulan pengembara yang dikenal pasti.

Ia membabitkan pembesar negara, Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Exco kerajaan negeri, Ahli-ahli Parlimen dan pegawai kerajaan.

“Pelaksanaan program rintis ini akan berkuat kuasa 18 Oktober dan akan diperluaskan kepada pengembara perniagaan dalam waktu terdekat,” katanya.

Menurutnya antara syarat yang dikenakan adalah mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan bersama dokumen sokongan kepada MKN dan KKM bagi tujuan kelulusan.

Selain itu, menjalani ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) tiga hari sebelum berlepas pulang ke Malaysia dan setibanya di mana-mana pintu masuk negara.

Ismail Sabri berkata syarat-syarat berkenaan terhad kepada pengembara yang tiba dari negara berisiko rendah sahaja serta terpakai kepada individu-individu yang lengkap divaksin. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad