web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Rampas Kereta Rasmi Yang Digunakan Norhizam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 4:34PM

Abdul Majid (kiri) menyaksikan serahan kenderaan rasmi kerajaan kepada wakil Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Melaka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Kenderaan rasmi yang sebelum ini digunakan dan didakwa enggan dipulangkan oleh bekas Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee, telah dirampas oleh polis semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kereta Toyota Camry yang digunakan oleh Norhizam yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu itu dirampas di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Tun Perak, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi.

Abdul Majid Mohd Ali
Abdul Majid Mohd Ali

Beliau berkata, rampasan itu dibuat selepas polis menerima laporan yang dibuat seorang kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) berhubung salah guna kenderaan rasmi kerajaan negeri secara tidak jujur.

"Susulan itu polis membuat permohonan waran geledah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membolehkan kenderaan itu dikesan dan dirampas.

"Bertindak atas waran geledah yang dikeluarkan oleh mahkamah, sepasukan pegawai dan anggota polis telah merampas kereta bernombor pendaftaran MAL 3 bersama satu anak kunci kereta, kad ‘Touch and Go’ dan kad minyak daripada pemandu rasmi beliau," katanya.

Antara barangan yang dirampas di dalam kenderaan rasmi yang sebelum ini digunakan oleh Norhizam.
Antara barangan yang dirampas di dalam kenderaan rasmi yang sebelum ini digunakan oleh Norhizam.

Abdul Majid berkata, sehingga kini lima saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

"Kesemua yang dipanggil ini adalah kakitangan pejabat SUK dan lebih ramai saksi akan dipanggil termasuk Datuk Norhizam.

"Kita minta bekas Exco itu datang namun hanya pemandunya yang menyerahkan kunci dan dia melihat rampasan dibuat," katanya.

Jumaat lalu, Norhizam secara terbuka memaklumkan hanya akan memulangkan kereta rasmi dan kunci Kompleks Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri DUN (Japerun) itu sekiranya semua wakil rakyat negeri ini bertindak demikian.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Kamel Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, pemulangan itu selari dengan tindakan Norhizam yang telah hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali pada Isnin lalu.

Aset itu merupakan kenderaan rasmi yang sebelum ini diamanahkan oleh kerajaan negeri kepada beliau selama tempoh memegang jawatan sebagai ADUN dan Exco.

Pada 4 Oktober lalu, Norhizam bersama tiga ADUN mengumumkan hilang kepercayaan kepada pimpinan Sulaiman.

Tiga ADUN lain adalah bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas). - Getaran, 13 Oktober 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 26 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar