web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Anggota Polis Ditahan Dalam Serbuan Parti Liar

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 2:22PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pegawai dan lima anggota polis lelaki antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ekoran maklumat yang diterima berhubung satu parti liar kira-kira 1.30 pagi.

"Semua tangkapan berusia 20 hingga 50 tahun itu turut melibatkan lima wanita tempatan dan tiga wanita warga Indonesia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kesemua tangkapan mendapati pegawai polis dan empat lagi anggota polis dari polis kontinjen Perak itu positif dadah manakala seorang lagi anggota negatif dadah.

Katanya ujian saringan air kencing ke atas lima wanita tempatan dan dua lagi wanita Indonesia itu turut mendapati mereka positif dadah manakala seorang lagi wanita warga asing itu negatif dadah.

"Bagaimanapun tiada bekalan dadah ditemukan ketika serbuan dan mereka kini direman selama empat hari sehingga 1 Mac ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Pegawai dan anggota polis diberi amaran supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan dadah dan mulai hari ini tindakan lebih tegas tanpa kompromi akan dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan dadah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata 20 bungkusan plastik serbuk teh yang 17 daripada bungkusan itu disyaki mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 17.5 kilogram (kg) ditemukan terapung di laut perairan Pulau Pangkor, Lumut pagi semalam.

Menurutnya, bungkusan itu ditemukan oleh seorang nelayan tempatan dalam sebuah guni kira-kira 9.45 pagi sebelum dia menghubungi dan menyerahkan guni itu kepada pihak polis.

"Tiga lagi bungkusan telah rosak dimasuki air dan tidak berisi dan nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu bernilai RM700,000,” katanya.

Bagaimanapun katanya tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung penemuan dadah itu setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan. - Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad