Berita Terkini

9 jam yang lalu: COVID: Hanya 1.5 peratus daripada 6,630 kes baharu kategori 3, 4 dan 5 9 jam yang lalu: Presiden, pengarah dan ketua pegawai eksekutif CIMB Niaga letak jawatan 9 jam yang lalu: TUDM adakan FTX Eksesais Paradise 8/2021 di beberapa pangkalan udara di Semenanjung Malaysia mulai hari ini hingga 2 November depan 9 jam yang lalu: Piala Malaysia: 3 pasukan Kumpulan C dapat kemenangan percuma selepas NSFC tidak meneruskan baki saingan Piala Malaysia 2021 akibat COVID-19 9 jam yang lalu: Permohonan kerajaan sekat guna dana US$340 juta dikaitkan dengan 1MDB didengar 6 Disember

IKUTI KAMI


Mahkamah Benar Pelepasan Sementara Pasport Ahmad Zahid Untuk Rawatan Di Jerman

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Oct 2021 11:07AM

Ahmad Zahid dibenar ke luar negara untuk mendapat rawatan bagi sakit belakang dan lehernya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menghadapi 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman.

Permohonan itu dibuat pagi ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Datuk Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili bekas Timbalan Perdana Menteri itu memaklumkan permohonan tersebut adalah perkara sama yang dibuat anak guamnya yang menderita sakit belakang serta leher dan perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka Jerman, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lepas.

“Kita memohon pelepasan sementara pasportnya bagi mendapatkan rawatan di Jerman untuk kecederaan, sama seperti permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.. yang kat sini dah bagi,” katanya ketika ditemui media di sini hari ini.

Ahmad Zaidi berkata pelepasan sementara pasport itu tidak akan mengganggu tarikh perbicaraan Ahmad Zahid yang ditetapkan pada 22 Oktober depan.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, €15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Pada 7 Oktober lepas, media melaporkan Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan rasuah, memohon di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya pasportnya diserahkan sementara bagi membolehkannya ke Munich, Jerman untuk mendapat rawatan.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa anak guamnya yang menderita sakit belakang dan leher perlu mendapatkan rawatan daripada pakar terkemuka di Munich.

Hamidi memaklumkan Ahmad Zahid memohon pasportnya diserahkan pada 26 Okt ini dan akan memulangkanya pada 21 Nov depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah, 2 Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 hari yang lalu

3 Lelaki Didakwa Tipu Ahli Perniagaan

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Melaka, Jangan Buat Spekulasi Pendirian UMNO

4

Semasa 4 hari yang lalu

Terima 2 Suapan, Rakyat Singapura Didenda RM145,000

Sorotan

1

Tindakan Tatatertib Kepada Penjawat Awam Enggan Terima Vaksin - KSN

2

Belajarlah Dari Korea! Bagaimana BTS, 'Squid Game' Takluk Dunia

3

Ronaldo Pakai Salah Jersi, Madame Tussauds Akan Buat Pertukaran

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Johor, Terengganu Beralih Ke Fasa 4 PPN

Semasa 15 jam yang lalu

Sindiket Pengedaran Dadah Tanjong Karang Tumpas, Lelaki 52 Tahun Ditahan

oleh Rubini Nagarajah

Semasa 1 hari yang lalu

Langgar SOP Rentas Negeri, PDRM Keluar RM4.3 Juta Kompaun

oleh Fitri Nizam

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol Bakal Pengantin, Reman Ayah Su Disambung 5 Hari

oleh Siti Norhidayatidayu Razali