web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Sekatan Melancong Ke Luar Negara Mulai Esok

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 6:31PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia kini dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara, termasuk melancong tanpa perlu memohon MyTravelPass, berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, syarat keputusan pemansuhan keperluan permohonan pas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu bagaimanapun tertakluk kepada individu lengkap divaksin.

Katanya, individu yang melakukan perjalanan ke luar negara juga perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari sebaik pulang ke Malaysia.

“Sebelum ini siapa sahaja yang nak ke luar negara mesti membuat permohonan melalui MyTravelPass, walaupun beberapa kategori perjalanan seperti perniagaan, pendidikan dan urusan rasmi dibenarkan.

“Oleh itu, kerajaan membuat keputusan MyTravelPass tidak diperlukan dan memansuhkan penggunaannya untuk individu ke luar negara. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh ke luar negara, termasuk untuk aktiviti pelancongan berkuatkuasa esok,” katanya pada sidang media khas, hari ini.

Ismail Sabri berkata, keputusan pemansuhan pas itu antara lain bagi menghubungkan ahli keluarga dan pasangan terpisah, selain memudahkan rakyat Malaysia ke luar negara untuk tujuan bekerja dan menjalankan perniagaan. 

“Walaupun kita benarkan rakyat bebas ke luar negara, tetapi apabila pulang, mereka perlu menjalani kuarantin seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Beliau berkata, individu yang ke luar negara diwajibkan melakukan ujian calitan tiga hari sebelum bergerak pulang ke tanah air, sebelum sekali lagi menjalaninya sebaik tiba di pintu masuk negara.

“Mereka kemudian perlu menjalani kuarantin seperti ditetapkan KKM yang setakat ini masih menetapkan 14 hari jika melancong dan sebagainya. Saya percaya perkara ini sedang diteliti dengan lebih terperinci.

“Rakyat kita juga sudah pun dibenarkan menjalani kuarantin di rumah dan jika ada kes, KKM akan menempatkan mereka di pusat kuarantin disediakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, ramai pihak berpandangan bahawa mereka masih boleh dijangkiti COVID-19 walaupun sudah menerima dos lengkap vaksin.

“Saya ingin tegaskan bahawa mereka yang dapat vaksin ini daripada segi risiko jangkitannya adalah berkurangan dan jika dijangkiti, mereka berada dalam kategori bergejala ringan, iaitu Kategori 1 dan 2. Ada beza antara vaksin dan tak vaksin.

“Data KKM juga menunjukkan bahawa vaksinasi berjaya menurunkan kadar kemasukan pesakit ke unit rawatan rapi (ICU), iaitu sebanyak 83 peratus pesakit, manakala kadar kematian akibat virus ini berkurangan sebanyak 88 peratus dan peratusan penggunaan katil semakin menurun,” katanya. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar