Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pulau Batu Puteh, Petugas Khas Perlu Fokus Sempadan Maritim, Teliti Kesilapan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 12:04PM

Gambar fail Pulau Batu Puteh yang dirakamkan pada 2003. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penubuhan pasukan petugas khas untuk menyemak semula undang-undang berhubung isu Pulau Batu Puteh disifatkan langkah tepat, sekiranya ia bertujuan menyelesaikan kemelut sempadan maritim negara di sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun, jika penubuhan pasukan berkenaan dibuat untuk membolehkan Malaysia mendapatkan semula hak pemilikan pulau itu yang diserahkan kepada Singapura seperti diputuskan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008, usaha berkenaan adalah sesuatu yang mustahil.

Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli
Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli

Pakar Undang-Undang Laut Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli berkata, keputusan ICJ berhubung isu berkenaan membolehkan Malaysia menetapkan secara tuntas untuk memperincikan sempadan maritim di kawasan sekitar pulau itu, antara negara ini dan Singapura.

Katanya, keputusan ICJ menyerahkan Pulau Batu Puteh kepada Singapura menetapkan republik berkenaan sebagai pemilik tunggal kepulauan tersebut.

Penentuan pemilikan kawasan perairan di sekelilingnya pula jelas beliau, perlu ditetapkan Malaysia dan Singapura.

“Contohnya pulau ini diibaratkan rumah milik Singapura, namun kawasan halaman di sekelilingnya terpulang kepada Singapura dan Malaysia untuk tetapkan, jadi kena putuskan secepat mungkin.

“Malaysia dan Singapura, masing-masing boleh menuntut jarak sempadan perairan sejauh 12 batu nautika. Jika kedua-dua negara menuntut dalam lingkungan ini, berlaku pertindihan laut. Isu ini masih tidak selesai sejak 2008,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Kabinet akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi membuat semakan semula mengenai undang-undang berhubung isu membabitkan Pulau Batu Puteh.

Pasukan itu akan membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan bersesuaian berdasarkan pandangan daripada pakar perundangan antarabangsa.

ICJ pada 23 Mei 2008, memutuskan Singapura memiliki hak ke atas Pulau Batu Puteh, manakala pemilikan Batuan Tengah yang terletak hanya kira-kira 600 meter dari pulau itu diserahkan kepada Malaysia.

Hak milik Tubir Selatan yang berlokasi kira-kira empat kilometer dari Pulau Batu Puteh pula akan ditetapkan mengikut persempadanan negara menguasainya.

Keputusan itu membuatkan Malaysia memfailkan permohonan semakan pada 2 Februari 2017 dan 30 Jun 2017 untuk memohon supaya ICJ mentafsirkan semula penghakiman berhubung kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Permohonan semakan tersebut difailkan berdasarkan penemuan baharu Malaysia melalui tiga dokumen penting yang menunjukkan bahawa pegawai tertinggi Singapura, tidak pernah menganggap mereka memperoleh kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh daripada Johor.

Namun, Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu, selain membabitkan Batuan Tengah serta Tubir Selatan pada 2018, iaitu tahun akhir tempoh rayuan selama 10 tahun yang diberikan ICJ.

Keputusan berkenaan dibuat hanya beberapa hari sebelum kes terbabit dijadualkan untuk dibicara di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 11 Jun 2018.

Mohd Hazmi yang juga pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang di universiti sama berkata, tamatnya tempoh rayuan itu bermakna Malaysia sudah terlepas peluang untuk memiliki Pulau Batu Puteh selama-lamanya.

“Mengikut undang-undang antarabangsa, tidak mungkin kita (Malaysia) akan dapat balik pulau berkenaan dan kita kena terima hakikat ini,” katanya.

Dr Azmi Hasan
Dr Azmi Hasan

Mengemukakan pandangan senada, Pakar Geostrategis Negara, Profesor Madya Dr Azmi Hasan berkata, usaha kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas sememangnya baik sekiranya bertujuan meneliti kesilapan yang sudah dilakukan ketika mendepani isu ‘perebutan’ Pulau Batu Puteh.

Jelasnya, penelitian itu boleh membantu mengelakkan kerajaan daripada melakukan kesilapan sama dalam kes tuntutan Tubir Selatan yang masih belum diselesaikan.

Azmi berkata, pasukan petugas khas itu harus meneliti bagaimana Malaysia perlu memperhalusi kes penentuan hak pemilikian Tubir Selatan dengan Singapura kerana perkara berkenaan membabitkan kedaulatan dan maruah negara.

“Kita tidak boleh memberi harapan masih lagi ada peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh kerana bagi saya kalau mengikut perundangan ICJ, kita sudah terlepas kemudahan diberikan dan disediakannya.

“Namun, kalau pasukan petugas khas ini ditubuhan untuk memperhalusi kesilapan untuk kita mendepani Singapura bagi kes Tubir Selatan dengan lebih baik, usaha terbabit dikatakan rujukan yang bagus,” katanya.

Menurut Azmi, kemungkinan untuk Malaysia merayu atau membuat semakan semula kepada ICJ berhubung isu Pulau Batu Puteh sudah terlepas memandangkan tempoh sepatutnya negara mengadakan proses semakan semula atas dasar menemui pertemuan bukti baharu, sudah berakhir iaitu pada Jun 2018.

“Jadi bagi saya penubuhan pasukan petugas khas ini kita tidak boleh mengharapkan untuk membuat rayuan kepada ICJ, terutama memandangkan tempoh masa 10 tahun yang diberikan sudah tamat,” katanya. - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 12 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara