web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuarantin Kendiri Di Rumah Wajar Dikaji Semula, Kes Pesakit Maut Membimbangkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2021 7:32AM

Individu yang positif COVID-19 wajar menerima penjagaan melalui sistem kesihatan awam negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saban hari ada sahaja kes pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah ditemukan meninggal dunia.

Walaupun jumlah kes masih kecil, trend tersebut sedikit sebanyak mengundang kegusaran dalam kalangan rakyat.

Terbaru, seorang penjawat awam yang disahkan positif jangkitan itu pada 28 September lalu ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di rumah yang dihuninya seorang diri dekat Teluk Intan, Perak.

Lelaki berusia 47 tahun yang sedang menjalani kuarantin itu ditemukan terbaring, selepas polis menerima laporan daripada rakan mangsa yang gagal menghubunginya.

Insiden itu ternyata membuka mata rakyat Malaysia yang menggesa kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kes sama terus berulang.

Ada juga yang menyifatkan kuarantin di rumah sudah tidak relevan untuk dilaksanakan meskipun pesakit hanya mengalami gejala ringan.

Mereka juga berharap agar KKM meneliti semula senarai pesakit dikuarantin di hospital atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), bagi memberi  keutamaan kepada  individu yang berseorangan di rumah.

KKM juga disaran melakukan follow up dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan pesakit COVID-19, seperti  dilakukan petugas kesihatan di luar negara, khususnya di United Kingdom.

Trend tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyarankan agar kerajaan meneliti dan merombak semula dasar kuarantin kendiri di rumah sejak ia mula dilaksanakan Julai lalu.

Beliau berpendapat, tindakan itu wajar dilakukan bagi memastikan individu yang positif COVID-19 menerima penjagaan sewajarnya melalui sistem kesihatan awam negara.

Menerusi pendekatan tersebut Mohd Shafie berkata, lebih banyak kematian di luar kemudahan kesihatan (BID) dapat dielakkan, sekali gus melancarkan usaha kerajaan mencapai fasa endemik yang dijangka bermula akhir bulan ini.

Pada masa sama katanya, sistem kesihatan awam perlu diperkasa dengan menyediakan lebih banyak bantuan dan dana bagi membolehkan hospital berfungsi secara maksimum.

"Kerajaan perlu meningkatkan kapasiti sistem kesihatan negara untuk menerima lebih ramai pesakit supaya dapat dikuarantin di hospital dan bukannya di rumah," katanya.

Natijahnya, kerajaan perlu mengambil kira pandangan rakyat terutamanya pesakit yang pernah melalui situasi serupa agar satu langkah drastik dapat dilakukan.

Bukan itu sahaja, perhatian serius perlu diberikan terhadap perkara ini kerana ramai bekas pesakit COVID-19 yang pernah menjalani kuarantin di rumah mendedahkan, mereka mengalami gangguan dari segi emosi.

“Ya, bahaya kuarantin di rumah. Kalau berseorangan emosi dan fizikal memang tak stabil. Paras oksigen boleh turun secara tiba-tiba. Kadang-kadang emosi tak stabil, jantung pun boleh jadi laju,” kata seorang bekas pesakit COVID-19.

Atas faktor ini, jelas bahawa pelaksanaan dasar kuarantin kendiri di rumah masih boleh ditambah baik demi kesejahteraan rakyat.

Tak rugi jika dilakukan sedikit perubahan kerana nyawa tidak boleh dibeli dengan wang ringgit! - Getaran, 10 Oktober 2021

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad