web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Duka Orang Asli Bukit Kristal, Sampai Bila Mahu Bergelap?

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 12:34PM

Penduduk di Kampung Orang Asli Bukit Gallah di lereng Bukit Kristal terpaksa hidup dalam kedaifan dan masih tidak memperoleh bekalan air serta elektrik. - Gambar Aliff Omar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seumur hidupnya tidak pernah, hatta sekali pun, Kasni Otot, 70, dapat menikmati bekalan elektrik tanpa sebarang gangguan.

Inilah hakikat hidupnya yang turut dikongsi dengan 42 penduduk Kampung Orang Asli Bukit Gallah di lereng Bukit Kristal, di sini.

“Selang tiga hari. Habislah bekalan elektrik kami.

“Lepas tu kena turun ke pekan dan beli ‘minyak 2T’ (minyak pelincir) untuk diisi semula ke dalam generator,” jelas Kasni yang merupakan Tok Batin kepada kampung tersebut.

Kasni Otot
Kasni Otot

Ketika beliau ditemui Getaran di pondok nipahnya, isteri Kasni, Sicnar Jaafar, sedang bertungkus lumus menyalakan api dapur batunya menggunakan bungkusan mi segera yang dikutip daripada tong sampah untuk menjerang air.

Penduduk terpaksa menggunakan dapur kayu untuk memasak dan menjerang air.
Penduduk terpaksa menggunakan dapur kayu untuk memasak dan menjerang air.

Terpasang di dinding ruang tamu rumah Kasni pula adalah sebuah soket plug tambahan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis alat pengecas telefon pintar.

“Kesemua penduduk sini akan datang untuk mengecas telefon mereka di rumah saya,” seloroh Kasni dalam loghat Negeri Sembilan yang pekat.

Sebahagian penduduk di perkampungan Orang Asli Bukit Gallah.
Sebahagian penduduk di perkampungan Orang Asli Bukit Gallah.

Meskipun gaya hidup suku kaum mereka, Temuan Bukit, pada dahulu kala bersifat nomadik, perkampungan di Bukit Kristal itu hakikatnya telah wujud sejak tahun 1988.

“Saya sudah banyak kali turun naik berjumpa dengan pihak berkuasa untuk mohon supaya kampung ini digazetkan tetapi sampai sekarang tiada sebarang makluman,” keluh Kasni.

Salah seorang penduduk membasuh menggunakan air dari sungai berhampiran.
Salah seorang penduduk membasuh menggunakan air dari sungai berhampiran.

Mengikut undang-undang Malaysia, kemudahan asas seperti pencawang elektrik, jalan berturap dan bekalan air bersih hanya akan dibekalkan kepada kampung yang telah diwartakan.

“Pada mulanya Jabatan Orang Asli (kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)) kata kampung ini tidak mempunyai penduduk yang mencukupi, setakat dua keluarga sahaja tidak boleh.

“Sekarang dah ada 12 keluarga di sini, penduduk dah meningkat ke 42 orang. Anak, menantu, cucu dan cicit saya semua duduk di sini tapi sehingga kini bekalan air, elektrik dan jalan masih tidak diberi," keluhnya.

Kasni memberitahu perkampungan itu berada di dalam rizab penempatan Orang Asli dalam Hutan Simpan Gallah yang turut meliputi Bukit Kristal.
Kasni memberitahu perkampungan itu berada di dalam rizab penempatan Orang Asli dalam Hutan Simpan Gallah yang turut meliputi Bukit Kristal.

Menurut Kasni, pihak berkuasa menjadikan isu pewartaan kampung sebagai alasan untuk tidak menyalurkan kemudahan elektrik, kerana ia berada dalam tanah rizab Jabatan Perhutanan.

Bagaimanapun, beliau mendakwa,  perkampungan itu berada di dalam rizab penempatan Orang Asli dalam Hutan Simpan Gallah yang turut meliputi Bukit Kristal.

“Ini buktinya. Lot tanah nombor empat ini telah dirizabkan sebagai ‘Sakai Reserve’ semasa zaman pentadbiran British dahulu. Ia adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada tanah rizab penempatan Orang Asli,” tegasnya sambil menunjukan sehelai peta yang sudah kekuningan dan mempamerkan beberapa lot tanah di Hutan Simpan Gallah.

Keadaan rumah yang daif yang didiami penduduk di perkampungan Orang Asli Bukit Gallah.
Keadaan rumah yang daif yang didiami penduduk di perkampungan Orang Asli Bukit Gallah.
Terdapat kira-kira 42 penduduk yang menetap di perkampungan Orang Asli Bukit Gallah di Lereng Bukit Kristal.
Terdapat kira-kira 42 penduduk yang menetap di perkampungan Orang Asli Bukit Gallah di Lereng Bukit Kristal.
Haniza Rimba dan suami, Jon Kasni, berdiri di hadapan rumah mereka yang serba kekurangan di kampung Bukit Galah.
Haniza Rimba dan suami, Jon Kasni, berdiri di hadapan rumah mereka yang serba kekurangan di kampung Bukit Galah.

Berbeza dengan Hasni, menantunya, Haniza Rimba lebih gusar akan kesukaran untuk menyediakan keadaan pembelajaran kondusif untuk anak sulungnya yang berusia 10 tahun.

“Sebab tak ada elektrik, anak-anak nak belajar pun susah. Telefon selalu kena cas, kalau tidak anak saya tidak boleh mengikuti kelas dalam talian.

“Malam-malam kami pakai pelita sahaja. Tidur pun atas kotak. Belum mampu nak beli tilam,” katanya ketika ditemui di rumah pondoknya di kampung itu.

Jon Kasni terpaksa menggunakan generator untuk kegunaan keluarganya.
Jon Kasni terpaksa menggunakan generator untuk kegunaan keluarganya.
Paip hitam PVC terpaksa disambung dari sungai berdekatan untuk disalurkan ke perkampungan Orang Asli tersebut.
Paip hitam PVC terpaksa disambung dari sungai berdekatan untuk disalurkan ke perkampungan Orang Asli tersebut.

Dari segi bekalan air bersih pula, penduduk kampung bergantung sepenuhnya kepada air yang mengalir di celah-celah batu dari puncak bukit.

Seorang anak lelaki Kasni, dikenali sebagai Jon berkata, air yang terletak dalam hutan fi lereng Bukit Kristal itu digunakan orang kampung untuk minum dan mandi.

Jika cuaca panas dan kering, air sungai kering, dan apabila keadaan itu berlaku, orang kampung terpaksa keluar ke pekan untuk membeli air bagi kegunaan seharian.
Jika cuaca panas dan kering, air sungai kering, dan apabila keadaan itu berlaku, orang kampung terpaksa keluar ke pekan untuk membeli air bagi kegunaan seharian.

Kru Getaran yang meredah hutan untuk meninjau lokasi sumber air diberitahu, saliran air hanya wujud semasa musim hujan.

"Kalau kemarau, airnya akan meresap ke dalam tanah, jadi bila itu berlaku, orang kampung terpaksa keluar ke pekan untuk membeli air untuk kegunaan seharian.

“Dulu saliran ini besar lagi tapi sejak ada pembalakan beberapa tahun lepas, ianya semakin mengecil. Dulu ada satu syarikat buat projek di bahagian atas, mereka tebang banyak pokok, habis keruh air kami,” keluhnya. – Getaran, 9 Oktober 2021.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar