Berita Terkini

9 jam yang lalu: COVID: Tujuh kluster baharu dikenal pasti, kluster aktif kini 506 - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: COVID: 5,726 kes baharu hari ini, jumlah kumulatif kes kini 2,442,224 - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: COVID: 5,607 kes sembuh dilapor hari ini, 598 dirawat di ICU dengan 308 kes perlukan bantuan pernafasan - KP Kesihatan 9 jam yang lalu: Nestlé Malaysia sasar kutip 25 tan bahan kitar semula sebulan 11 jam yang lalu: Sektor perladangan sawit akan terima 32,000 pekerja asing dengan SOP ketat

IKUTI KAMI


Wajarkah Mansuh Sabitan Cubaan Bunuh Diri Sebagai Jenayah?

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 7:28AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemansuhan peruntukan undang-undang yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai jenayah adalah wajar bagi memberi peluang kepada individu terbabit pulih daripada masalah kesihatan mental dialami.

Naib Presiden Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA), Dr Shazli Ezzat Ghazali berkata, pemansuhan itu juga memberi ruang kepada agensi atau penyedia perkhidmatan psikologi untuk menjalankan intervensi bagi memahami masalah dialami individu dan cara mengatasinya.

Usaha itu, katanya, akan mengembalikan kesejahteraan psikososial individu untuk memiliki kesihatan mental lebih sihat, seterusnya membolehkan mereka mengawal tindakan.

“Individu cuba membunuh diri ini adalah kerana terbeban dengan masalah dialami. Mental mereka gagal berfikir dengan jelas kerana berada dalam keadaan tidak sihat.

“Keadaan didorong faktor dalaman diri yang tidak  mampu diselesaikan ini kerana tidak menemui ‘jalan keluar’ terbaik, menyebabkan mereka bertindak di luar norma kemanusiaan tanpa berfikir panjang sehingga sanggup memusnahkan diri," katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Menurut beliau, langkah kerajaan untuk memansuhkan sabitan cubaan bunuh diri sebagai jenayah, membolehkan individu terbabit tidak terus dibebani masalah kesihatan mental, sebaliknya mempunyai ruang memulihkan diri.

Dr Shazli Ezzat Ghazali
Dr Shazli Ezzat Ghazali

Dr Shazli Ezzat berkata, ruang diberikan itu membolehkan pengetahuan psikologi individu cuba membunuh diri ini diubah dan ‘sembuh’ menerusi proses pemulihan yang membabitkan tiga aspek, iaitu emosi, pemikiran serta tingkah laku.

“Individu mengalami masalah kesihatan mental ini memerlukan ruang dan sokongan, bukan dihukum seolah penjenayah.

“Jika psikologi tidak sihat ini menyebabkan golongan berkenaan dihukum, tentunya menyebabkan mereka tidak boleh berubah dan terus dibelenggu masalah sama yang berpotensi menjadi semakin teruk,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Peguam Negara semalam bersetuju memansuhkan Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang mensabitkan cubaan bunuh diri sebagai satu jenayah.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang ketika memaklumkan perkara itu menerusi sesi soal jawab di Dewan Rakyat berkata, cadangan pemansuhan undang-undang terbabit tersebut bakal dibawa ke Kabinet untuk diputuskan.

 Dr Andrew Mohanraj
Dr Andrew Mohanraj

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Prof Datuk Dr Andrew Mohanraj berkata, langkah itu menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani isu kesihatan mental dan kes cubaan membunuh diri.

Menurutnya, undang-undang sedia ada untuk menangani cubaan bunuh diri dengan cara sesuai dan berperikemanusiaan sudah mencukupi dalam beberapa seksyen Akta Kesihatan Mental 2001.

Peruntukan itu, katanya, menyaksikan tindakan individu untuk membunuh diri tidak memerlukan mereka dirujuk menerusi Seksyen 309 Kanun Keseksaan.

“Kita sudah ada peruntukan undang-undang untuk meneliti isu cubaan bunuh diri. Jika terdapat kemusykilan, seperti menganggap ada individu hanya main-main mahu membunuh diri, ada peruntukannya yang membolehkan mereka dinilai pakar psikiatri untuk dirujuk kepada mahkamah.

“Badan kehakiman perlu melihat kepada peruntukan Akta Kesihatan Mental 2001 untuk menangani masalah cubaan bunuh diri, jadi tidak perlu risau jika Seksyen 309 dimansuhkan,” katanya.

Dr Andrew yang juga Penasihat Polisi Green Ribbon Group berkata, MMHA yakin bahawa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan melaksanakan pendekatan terbaik bagi memelihara kepentingan rakyat.

Jelasnya, majoriti individu yang cuba membunuh diri seharusnya dilihat sebagai mangsa keadaan psikologi dan bukannya dianggap pelaku jenayah.

“Kami (MMHA) amat gembira bahawa Jabatan Peguam Negara akan mengesyorkan pemansuhan Seksyen 309 Kanun Keseksaan. Ini tindakan kerajaan yang harus dipuji dan disokong sepenuhnya.

“MMHA dan Green Ribbon Group sudah memulakan perbincangan mengenai perlunya menghapuskan cubaan bunuh diri yang kemudiannya disertai oleh National Coalition for Mental Wellbeing Malaysia yang menjadi suatu gerakan yang besar untuk memperjuangkan hal ini,” katanya. - Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

Tak Tahan Dengan Isteri, Lelaki Minta Dipenjarakan

2

Mahkamah Benar Najib Pinda Tarikh Pelepasan, Pemulangan Pasport Ke Singapura

3

Warga Malaysia Di Singapura Mahu Pulang, Namun Berbelah-Bahagi

4

13 Penyanyi Berkumpulan Wanita Malaysia Dari 80-an Sehingga Kini

Disyorkan untuk anda

Sukan 19 jam yang lalu

Muthu Dakwa Masih Presiden POS

Politik 1 hari yang lalu

Kerusi DUN Sindumin Kekal Milik Dr Yusof

oleh Mira Adilah Azmi

Semasa 13 jam yang lalu

Eksekutif GLC Direman 4 Hari, Siasatan Salah Guna Kedudukan

Semasa 9 jam yang lalu

Pegawai Perhutanan, Suami, Mengaku Tak Bersalah Terima Rasuah

oleh Ardyhansah Amat