Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Setiap Minggu Rumah Banjir, Wahai YB, Ke Mana Dikau? 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 7:49PM

3 buah rumah di Kampung Simpang Pulai, dinaiki air sedalam 0.9 meter, pada pukul 1.18 pagi semalam. - Gambar ihsan Sarah Jan Mohammed

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENGKALAN HULU - Setiap kali hujan lebat melanda, penduduk di empat rumah di Kampung Simpang Pulai, di sini, terpaksa menahan resah.

Masakan boleh berlagak tenang apabila memikirkan kediaman mereka pasti akan dinaiki air, malah sepanjang minggu lepas sahaja, bencana itu berlaku sebanyak tiga kali!

Keadaan itu tidak pernah berhenti dan yang terbaru, tiga rumah di kampung berkenaan dilaporkan dinaiki air awal pagi hari ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak. 

Pelbagai aduan juga dipercayai sudah dibuat namun masih tiada jalan penyelesaian apabila masalah itu masih gagal diselesaikan oleh pihak berwajib.

Pening memikirkan masalah dihadapi sehingga mengakibatkan banyak peralatan rosak, seorang ahli keluarga penduduk melahirkan kekecewaan di dalam laman sosial Facebook (FB) miliknya.

Pemilik Facebook menggunakan nama Sarah Jan Mohammed di dalam statusnya memberitahu, rumah keluarganya tiga kali dinaiki air sepanjang minggu lalu, iaitu pada Selasa, Rabu dan Jumaat.

Dia mendakwa, perkara itu bukan berlaku disebabkan musim tengkujuh semata-mata tetapi disebabkan sistem perparitan dan pengairan yang tidak ditambah baik.

“Hujan lebat sejam ja, maka terimalah selut banjir. Dah lebih lapan tahun kami perjuangkan, ketua kampung silih berganti, penghulu bertukar ganti, tapi masih sama dan makin teruk.

"Kata YB (Yang Berhormat), dah 8 tahun ketengahkan dalam mesyuarat tapi tiada hasil. Sekadar catit dalam minit mesyuarat agaknya," katanya dalam hantaran berkenaan. 

Ketika dihubungi Getaran hari ini Sarah Jan berkata, banjir yang berlaku awal pagi tadi lebih teruk dan ada di antara rumah dinaiki air sehingga ke paras dada.

Katanya, seorang ahli keluarganya juga mengalami kecederaan selepas tersungkur di dalam rumah akibat selut dan menerima empat jahitan.

"Dah puas masalah ini kami adukan ke pihak berwajib tapi tiada sebarang tindakan pun.

"Untuk membersihkan rumah juga hanya Bomba yang membantu dengan meminjamkan hos besar. Pemimpin langsung tak buat apa," katanya, kesal.

Mendengar keluhan Sarah Jan, sememangnya sukar diterima akal apabila memikirkan ibunya yang sudah lanjut usia terpaksa berdepan masalah itu setiap minggu, sejak sedekad lalu.

Ia sudah pasti membuatkan penduduk terutamanya warga emas sudah kehabisan daya untuk membersihkan rumah setiap kali berlakunya hujan.

Dalam kejadian awal pagi tadi, JBPM Perak melaporkan bahawa tiga rumah di kampung berkenaan dinaiki air sedalam 0.9 meter kira-kira jam 1.18 pagi.

Jurucakap JBPM Perak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Hulu digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, banjir mulai surut kira-kira sejam kemudian dan tiada sebarang pemindahan mangsa dilakukan.

Menurutnya, pemantauan secara berkala akan dilakukan BBP Pengkalan Hulu di lokasi kejadian.

Persoalannya di sini, sehingga bila masalah ini akan berlaku dan terpaksa dilalui oleh penduduk di kampung berkenaan yang didakwa berpunca daripada masalah perparitan.

Pihak berwajib sepatutnya perlu bertindak pantas bagi memastikan nasib penduduk terbabit ini terbela kerana masalah ini sudah berlarutan terlalu lama.

Cubaan Getaran mendapatkan ulasan dan kenyataan pemimpin setempat juga gagal, malah mereka seolah saling menuding jari antara satu sama lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Aznel Ibrahim juga tidak memberikan sebarang reaksi, apabila tidak menjawab panggilan yang dibuat walaupun berpuluh kali dihubungi.

Aduhai Yang Berhormat, undi sudah diberi, mengapa pula khidmat kepada rakyat boleh dibilang dengan jari? - Getaran, 5 Oktober 2021

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Sukan 1 hari yang lalu

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Semasa 11 jam yang lalu

SPRM Sahkan Dr Mahathir Disiasat

oleh Wartawan Getaran