web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 9:29AM

- gambar FB FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan menutup kempen Piala Asia B-23 2024 tanpa sebarang kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Kuwait pada perlawanan terakhir Kumpulan D di Stadium Al Janoub di Al Wakrah, Qatar awal pagi ini.

Keputusan itu menyaksikan skuad kendalian Juan Torres Garrido menamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama. 

Pada aksi berdepan Kuwait, rentak skuad Harimau Muda terjejas apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa pertama susulan mengasari kapten Kuwait Salman Mohammed di luar kotak penalti.

Penyerang Luqman Hakim Shamsudin terpaksa dikorbankan oleh Garrido dengan membawa masuk penjaga gol gantian Muhammad Firdaus Irman Mohd Fadhil bagi mengisi kekosongan di gawang yang terpaksa ditinggalkan Sikh Izhan. 

Bagaimanapun, Malaysia ketinggalan di penghujung tambahan masa babak pertama yang berlanjutan sehingga 15 minit menerusi penalti yang disempurnakan Salman selepas Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan dipersalahkan kerana mengasari Talal Al Qaisi hasil semakan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan buat Malaysia pada minit ke-56 apabila gagal menyudahkan hantaran lintang Muhammad Haqimi Azim Rosli sebelum Muhammad Firdaus menyelamatkan percubaan satu lawan satu berdepan Salman pada minit ke-59. 

Namun, seminit kemudian Malaysia semakin tertekan apabila pasukan lawan kendalian Emilio Peixe berjaya melebarkan kedudukan selepas Talal menanduk masuk hantaran lintang Sultan Al Faraj.

Kedudukan selesa Kuwait tidak bertahan lama apabila Muhammad Haqimi menyudahkan hantaran jauh dengan rembatan kencang pada minit ke-63untuk menjaringkan gol pertama pasukan negara pada kempen kali ini.

Memasuki 10 minit terakhir perlawanan, Salman diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil Alexander King dari Australia susulan terjahan keras ke atas Muhamad Umar Hakeem pada minit ke-83 sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan terpaksa menamatkan aksi dengan 10 pemain.

Kedudukan kekal 2-1 berpihak Kuwait sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus membolehkan anak buah Peixe memintas Malaysia untuk menamatkan saingan Kumpulan D di kedudukan ketiga dengan mengumpul satu mata, namun tetap gagal layak ke suku akhir. 

Pada edisi 2022 di Uzbekistan, skuad Harimau Muda turut gagal mencatat sebarang kemenangan dalam aksi kumpulan selepas mencipta sensasi mara ke suku akhir pada edisi 2018 di China.

Dalam pada itu, Uzbekistan melangkah ke suku akhir selaku juara Kumpulan D apabila menewaskan pasukan yang turut mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati, Vietnam 3-0 pada satu lagi aksi di Stadium Antarabangsa Khalifa di Doha.

Semasa sidang media pasca perlawanan, Garrido memohon maaf kepada semua peminat bola sepak negara kerana gagal menepati sasaran ke peringkat kalah mati susulan kekalahan hatrik pada kempen kali ini.

Pengendali dari Sepanyol berusia 44 tahun itu mengakui sukar menggambarkan perasaannya dan situasi pasukan untuk menerima keputusan mengecewakan di luar jangkaan itu.

"Bersaing pada perlawanan ini selepas dua kekalahan beturut-turut adalah amat sukar sekali...lebih-lebih lagi terpaksa beraksi dengan 10 pemain.

"Kami tidak boleh bersikap positif terhadap itu (keputusan) kerana jangkaan kami berbeza dan sukar untuk ditakrifkan kerana apabila bercakap mengenai prestasi, analisis saya adalah satu (dan) apabila ia datang kepada keputusan dan apa yang berlaku dalam perlawanan itu agak berbeza," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad